ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 19 Ogos 2022.

1. Xi Jinping, Vladimir Putin sahkan kehadiran di Sidang Kemuncak G20 di Indonesia

Presiden China Xi Jinping dan Presiden Rusia Vladimir Putin akan menghadiri sidang kemuncak G20 di Indonesia, menurut Presiden Indonesia Joko Widodo (Jokowi), selaku tuan rumah persidangan itu tahun ini.

2. China keluar amaran kemarau, berusaha selamatkan hasil tanaman dari gelombang haba

China mengeluarkan amaran kemarau negara yang pertama tahun ini ketika pihak berkuasa giat melawan kebakaran hutan, selain menggerakkan pasukan khas untuk melindungi tanaman daripda terjejas akibat suhu panas di sepanjang lembangan Sungai Yangtze.

3. Sistem pengangkutan UK hadapi gangguan, dengan amaran mogok boleh berterusan 'selama-lamanya'

Rangkaian perkhidmatan pengangkutan United Kingdom sekali lagi melancarkan mogok baharu bermula Khamis, dengan ketua kesatuan memberi amaran bahawa mogok boleh berterusan "selama-lamanya" melainkan tuntutan mereka dipenuhi.

4. Program Pencegahan | California latih 40,000 pekerja kesihatan mental sekolah

California sedang melatih 40,000 pekerja kesihatan mental di negeri itu dan menyediakan biasiswa berjumlah AS$20,000 bagi kaunselor yang akan bekerja di sekolah selama dua tahun.

5. North Korea tells South Korean president to 'shut his mouth' after offer of aid

North Korea's Kim Yo Jong, the powerful sister of leader Kim Jong Un, said on Friday South Korea's president should "shut his mouth" after he reiterated that his country was willing to provide economic aid in return for nuclear disarmament.

6. Hakim tidak benar penyerang Salman Rushdie diikat jamin

Hakim di sebuah mahkamah di New York pada Khamis enggan membenarkan Hadi Matar yang dituduh menyerang penulis kontroversi, Salman Rushdie dibebaskan dengan jaminan.

7. Jangkitan COVID-19 di Itali kembali meningkat

Kadar jangkitan COVID-19 di Itali kembali meningkat, iaitu peningkatan sebanyak 14.4 peratus sepanjang minggu lepas.

8. PM Finland kesal video menari tular tersebar

Perdana Menteri Finland kecewa susulan penyebaran video secara dalam talian beliau sedang menari di sebuah parti persendirian.

9. Nahas | Dua pesawat ringan bertembung, tiga maut

Tiga maut dalam insiden dua pesawat ringan bertembung ketika cuba mendarat di lapangan terbang tempatan di California Utara.

10. Pejabat HAL India akan dibuka di Kuala Lumpur

Syarikat aeroangkasa dan pertahanan India Hindustan Aeronautics Limited (HAL) menandatangani satu memorandum persefahaman (MoU) untuk membuka pejabat di Kuala Lumpur bagi meneroka tawaran baharu di Asia Tenggara.