ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 24 Ogos 2022.
1. Kapal layar mewah pertama milik oligarki Rusia dilelong
Kapal Axioma akan dijual kepada pembida tertinggi selepas pemilik syarikat keluli itu gagal membayar balik pinjaman JPMorgan Chase, lapor United Press International (UPI) memetik laman sesawang Howe Robinson Partners.
2. Kiriman wang pekerja Indonesia di luar negara cecah AS$9.8 bilion setahun
Purata kiriman wang pekerja Indonesia dari 2015 hingga 2019 mencecah US$9.8 bilion setiap tahun, kata Menteri Penyelaras Hal Ehwal Ekonomi Airlangga Hartarto.
3. Mahkamah Thailand gantung tugas Perdana Menteri
Mahkamah Perlembagaan Thailand menggantung Perdana Menteri, Prayuth Chan-O-Cha daripada melakukan semua tugas rasminya bermula hari ini. Keputusan dibuat selepas mahkamah mendengar petisyen untuk menyemak semula kesahihan tempoh penggal lapan tahun beliau sebagai Perdana Menteri.
4. GPO Thailand tingkatkan pengeluaran kanabis gred perubatan
Pertubuhan Farmaseutikal (GPO) Thailand akan meningkatkan penanaman kanabis gred perubatan yang digunakan untuk menghasilkan produk minyak biji hem.
5. ASEAN perlu lebih 'sense of urgency' kendali isu Myanmar
ASEAN perlu mempunyai lebih 'sense of urgency' dalam mengendalikan isu berkaitan Myanmar dan tidak hanya bergantung pada satu mesyuarat ke mesyuarat yang lain, kerana keadaannya sudah berlanjutan lama dan menjadi semakin buruk.
6. Wanita 'terkejut' digari polis ketika rai sambutan ulang tahunnya yang ke-100
Tiga anggota polis di Newborough, Australia menyerbu sebuah majlis sambutan hari ulang tahun kelahiran seorang wanita yang ke-100, lantas menggari tangan individu yang sedang diraikan itu.
7. Perubahan Iklim | Cuaca ekstrem seluruh dunia akibat manusia
Beberapa kawasan di seluruh dunia sedang bergelut dengan cuaca ekstrem seperti banjir dan musim panas. Saintis berkata, ia mungkin dipengaruhi oleh perubahan iklim disebabkan oleh manusia.
8. Insiden lancar peluru berpandu ke Pakistan, tiga tentera India dipecat
Kerajaan India memecat tiga pegawai tenteranya ekoran insiden melancarkan peluru berpandu ke Pakistan pada Mac.
9. Protes Thailand: Penunjuk perasaan gesa PM Prayuth letak jawatan
Penunjuk perasaan berhimpun di ibu negara Thailand mengutuk Perdana Menteri Prayuth Chan-ocha dan menuntut peletakan jawatan kerana telah mencapai had penggal lapan tahun.
10. Dua ditikam di stesen kereta api Metro Washington - Laporan
Dua individu dilaporkan ditikam dalam satu kejadian di stesen kereta api bawah tanah Metro Washington pada Selasa, lapor Sputnik.
Astro Awani
Wed Aug 24 2022
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Batu Puteh: Dr Mahathir balas kenyataan tiga bekas menteri Kabinet
Dr Mahathir turut membangkitkan persoalan sama ada perlu beliau meminta anggota Kabinet ketika itu untuk menyatakan pendapat mereka.
Pantau Agenda Reformasi: Tangani kenaikan harga premium insurans, takaful kesihatan
Ikuti kupasan Provost, Malaysia University of Science & Technology (MUST), Prof. Emeritus Dr. Barjoyai Bardai mengenai enam syor Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan tangani kenaikan harga premium insurans & takaful.
Pelabur harus memiliki mata wang Bitcoin - Thomas Peterffy
Pengasas syarikat broker runcit Interactive Brokers Group, Thomas Peterffy menyarankan pelabur untuk memiliki sedikit mata wang kripto, Bitcoin.
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus pada Oktober 2024 dengan 38,400 tan berbanding 31,847 tan pada September 2024.
Korean Air selesai pembelian jangka panjang Asiana Airlines
Syarikat penerbangan Korean Air menyelesaikan pembelian jangka panjang terhadap pesaingnya, Asiana Airlines yang kini dalam krisis hutang.
Jumlah import eksport barangan China naik 4.9 peratus 11 bulan pertama
Jumlah import dan eksport barangan China mencapai RMB39.79 trilion (RM24.3 trilion) dalam 11 bulan pertama tahun ini, naik 4.9 peratus tahun ke tahun.
4.1 juta pencarum miliki amaun permulaan, RM 14.5 bilion dipindah
Seramai 4.1 juta atau 31.6 peratus daripada jumlah keseluruhan ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di bawah umur 55 tahun memilih mempunyai amaun permulaan dalam Akaun Fleksibel dengan jumlah perpindahan sebanyak RM14.5 bilion
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
MIC cadang mekanisme khusus kawal kos rawatan hospital swasta
MIC mencadangkan supaya kerajaan dapat mewujudkan mekanisme khusus yang dapat mengawal kos rawatan di hospital swasta.
Pindaan Akta 655 perkenal hukuman berat, kesalahan baharu
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof bentangkan pindaan Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655) dengan memperkenalkan hukuman lebih berat dan kesalahan baharu.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 11 Disember 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 10 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 9 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 7 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 6 Disember 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 5 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.