ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 26 Ogos 2022.

1. Ekonomi Pakistan berdepan inflasi yang tinggi, tekanan sektor luar

Ekonomi Pakistan sedang berdepan dengan inflasi dan tekanan sektor luar yang tinggi berikutan harga komoditi yang meningkat, kata bahagian kewangan negara itu. 

2. China seru masyarakat antarabangsa bantu tangani isu Palestin

Wakil tetap China di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Zhang Jun menyeru masyarakat antarabangsa untuk bertindak secara substantif untuk membantu menyelesaikan isu Palestin secepat mungkin.

3. Arab Saudi akan labur AS$1 bilion di Pakistan

Menteri Luar Putera Faisal Bin Farhan Bin Abdullah memberitahu rakan sejawatannya dari Pakistan Bilawal Bhutto Zardari mengenai keputusan kerajaan itu ketika perbualan di telefon.

4. Ratu Elizabeth lantik perdana menteri baharu UK di Scotland atas faktor kesihatan

Ratu Elizabeth II, 96, akan melantik perdana menteri baharu United Kingdom di Istana Balmoral, Scotland dan bukan di Istana Buckingham, London susulan isu kesihatan yang dihadapinya. 

5. Loji nuklear Zaporizhzhia terputus daripada grid kuasa

Syarikat nuklear Energoatom berkata sambungan ke loji itu diputuskan selepas insiden kebakaran merosakkan talian kuasa yang menyambungkannya ke grid.

6. Planet seperti filem 'Waterworld' ditemui sekumpulan penyelidik

Para saintis baru-baru ini telah menemui 'planet lautan' yang mempunyai persamaan luar biasa dengan filem aksi yang dibintangi oleh aktor Kevin Costner pada tahun 1995 iaitu 'Waterworld'.

7. Senator AS Marsha Blackburn ahli politik AS terbaharu lawat Taiwan

Senator Republikan mewakili Tenessee, mendarat di Taipei sebelum tengah malam waktu tempatan, selepas melawat Solomon Islands dan Papua New Guinea.

8. Perjanjian Nuklear 2015: AS sedia patuhi komitmen jika Iran berbuat demikian

Syarat itu dinyatakan Washington selepas memberi maklum balas kepada draf akhir tawaran Kesatuan Eropah (EU) untuk menyelamatkan perjanjian itu.

9. Ukraine-Rusia | Rusia rangka dekri untuk menambah jumlah tentera

Presiden Rusia menandatangani dekri yang boleh 137 ribu anggota perkhidmatan ditambah ke angkatan tentera negara itu dalam beberapa bulan akan datang. Pada masa ini Rusia mempunyai had hanya lebih sejuta anggota tentera dan hampir 900,000 kakitangan awam.

10. COVID-19 | Kematian 2022 cecah sejuta

Pertubuhan kesihatan sedunia, WHO umum sejuta orang meninggal dunia akibat COVID-19 pada 2022. ini menjadikan kumulatif kematian menghampiri 6.45 juta sejak virus itu kali pertama dikesan di china pada 2019.