DUNIA
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 5 September 2022.
Liz Truss menjadi pilihan pemimpin Parti Konservatif untuk menggalas tanggungjawab Perdana Menteri United Kingdom yang baharu pada Isnin.
Nahas Pesawat Ringan | Seorang sah maut, sembilan termasuk kanak-kanak hilang
2. Usaha mencari sembilan mangsa termasuk seorang kanak-kanak yang hilang dalam nahas pesawat di Washington, Amerika Syarikat diteruskan.
Ribuan keluarga hilang tempat tinggal, manakala kanak-kanak pula berisiko dijangkiti penyakit disebabkan kekurangan bekalan air bersih.
Sekurang-kurangnya 10 pengunjung Dussehra Ground di Fasa 8 bandar Mohali, terhempas dari ketinggian sekitar 50 meter apabila permainan yang dinaiki mereka jatuh ke tanah dari menaranya, pada Ahad malam.
Jerman akan melaksanakan pakej rangsangan tambahan ketiga bernilai 65 bilion euro.
Kesatuan Eropah (EU) mengutuk hukuman penjara tambahan terhadap bekas pemimpin Myanmar, Aung San Suu Kyi yang didapati bersalah atas penipuan pilihan raya.
Sepuluh orang terbunuh dan puluhan yang lain cedera akibat ditikam dalam kejadian di dua komuniti terpencil di Kanada pada Ahad.
Kebakaran hutan yang merebak pantas di bandar Weed Utara California di daerah Siskiyou telah mengorbankan dua nyawa setakat ini, lapor Xinhua, memetik Syerif daerah Jeremiah LaRue pada Ahad.
Dua lagi disahkan maut ketika mendaki gunung Klyuchevskaya Sopka di Kamchatka, Rusia, menjadikan jumlah korban setakat ini lapan orang dan usaha menyelamat terpaksa dihentikan ekoran cuaca buruk.
Ratusan penduduk Pulau Miyako mengalami gangguan bekalan elektrik selepas taufan Hinnamor membadai wilayah Okinawa pada Ahad.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami