ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 20 September 2022.

1. UNGA ketengahkan senarai untuk dilaksana lindungi matlamat global

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan presiden sesi ke-77 Perhimpunan Agung PBB (UNGA), pada Isnin menyertai pemimpin dunia dan duta muhibah membuat gesaan global bagi menyelamatkan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) dan kembali ke landasan sebenar untuk membangunkan dunia yang lebih baik "tanpa meminggirkan sesiapa pun".

2. Krisis Myanmar: Malaysia ulangi pendirian agar ASEAN libatkan diri dengan NUG, NUCC - Saifuddin

Malaysia mengulangi gesaannya agar ASEAN menjalin hubungan lebih baik dengan pihak berkepentingan di Myanmar iaitu Kerajaan Perpaduan Negara (NUG) yang dipilih rakyat sebelum rampasan kuasa dan Majlis Perundingan Perpaduan Negara (NUCC) bagi menangani krisis yang semakin memuncak.

3. China 'bengang' kenyataan Biden: AS akan pertahan Taiwan dari 'serangan' China

Kementerian Luar China pada Isnin telah menyampaikan bantahan rasmi kepada America Syarikat (AS), selepas Presiden Joe Biden mengeluarkan kenyataan bahawa AS akan mempertahan Taiwan sekiranya diserang China.

4. Misi bantuan ketenteraan ke Ukraine, Kyiv perlu buat keputusan menjelang Oktober

Cadangan Kesatuan Eropah (EU) untuk mewujudkan pemusatan bagi menyalurkan bantuan ketenteraan kepada Ukraine perlu mendapat kelulusan daripada Kyiv terlebih dahulu, kata ketua dasar luar EU Josep Borrell.

5. Taufan Fiona melanda Puerto Rico, dua maut

Sekurang-kurangnya dua maut di Puerto Rico selepas Taufan Fiona membadai kawasan itu mengakibatkan banjir dan tanah runtuh.

6. Satu maut, gempa kuat di Mexico cetus amaran tsunami

Gempa bumi berukuran 7.6 magnitud menggegarkan kawasan barat Mexico pada Isnin pada ulang tahun dua gempa kuat.

7. Rakaman dron kesan gempa bumi di Taiwan

Visual memaparkan keadaan di tenggara Taiwan yang mengalami kerosakan teruk selepas gempa bumi berukuran 6.9 magnitud melanda dirakam menggunakan dron.

8. Inflasi: Jepun lulus pakej sokongan AS$24.3 bilion

Jepun meluluskan peruntukan bernilai 3.49 trilion yen (AS$24.3 bilion) daripada dana rizab untuk menyokong rakyatnya berdepan isu kenaikan harga makanan dan bahan api untuk tahun fiskal semasa, yang bermula 1 April.

9. Krisis Rusia-Ukraine: 146 mayat digali di tapak kubur besar-besaran

Pakar forensik Ukraine setakat ini telah menggali 146 mayat, kebanyakannya orang awam di tapak kubur besar-besaran berhampiran bandar Izium di timur Ukraine.

10. Thailand | Jangka terima 1.5 juta pelancong asing setiap bulan

Thailand dijangka menerima kunjungan 1.5 juta pelancong asing setiap bulan pada suku terakhir tahun ini.