awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Anggota APM Bagan Datuk parah kenderaan terbabas elak anjing
Salji lebat di seluruh Jepun, 35 orang maut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

China 'bengang' kenyataan Biden: AS akan pertahan Taiwan dari 'serangan' China

Astro Awani
Astro Awani
20/09/2022
00:00 MYT
China 'bengang' kenyataan Biden: AS akan pertahan Taiwan dari 'serangan' China
Mao Ning juga mendesak AS supaya mengendalikan isu berkaitan Taiwan secara berhati-hati dan mengikut saluran yang sepatutnya. - Foto REUTERS
BEIJING: Kementerian Luar China pada Isnin telah menyampaikan bantahan rasmi kepada America Syarikat (AS), selepas Presiden Joe Biden mengeluarkan kenyataan bahawa AS akan mempertahan Taiwan sekiranya diserang China.
Reuters melaporkan, China menegaskan ia berhak untuk mengambil tindakan sebagai balasan kepada sebarang perkara yang disifatkan memecahbelahkan negaranya, ujar jurucakap Kementerian Luar China, Mao Ning dalam satu sidang media.
"Kami akan lakukan yang terbaik untuk mencapai penyatuan yang aman. Pada masa yang sama, kami tidak akan bertoleransi dengan sebarang aktiviti yang bersifat memecahbelahkan,” tegasnya.
Mao Ning juga mendesak AS supaya mengendalikan isu berkaitan Taiwan secara berhati-hati dan mengikut saluran yang sepatutnya, serta tidak menyampaikan isyarat salah kepada kumpulan pemisah Taiwan.
Amaran juga diberi kepada AS agar tidak merosakkan hubungan Sino-AS dan keamanan di Selat Taiwan.
"Hanya ada satu China di dunia, dan Taiwan adalah sebahagian daripada China. Pemerintah Republik Rakyat China adalah satu-satunya pemerintah yang sah di China,” kata Mao.
Topic Berkaitan
#China
#Taiwan
#Amerika Syarikat
#Joe Biden
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan