TAIPEI: Visual memaparkan keadaan di tenggara Taiwan yang mengalami kerosakan teruk selepas gempa bumi berukuran 6.9 magnitud melanda dirakam menggunakan dron.

Menerusi visual itu, kelihatan Jambatan Gaoliao di Daerah Hualien runtuh manakala beberapa bangunan turut rosak malah menyebabkan gerabak kereta api tergelincir.

Memetik laporan RTE, Jabatan bomba Taiwan memaklumkan seorang maut manakala 146 cedera akibat gempa yang berlaku semalam.

BACA: Gempa bumi kuat landa Taiwan, amaran tsunami dikeluarkan

Sementara itu, Biro kaji cuaca Taiwan memaklumkan tiada kemalangan jiwa dalam kejadian gempa bumi di utara bandar Taitung yang berlaku pada hari sebelumnya.


Dalam masa sama, Presiden Taiwan Tsai Ing-wen menerusi entri di Facebook menggesa orang ramai berwaspada terhadap gegaran susulan yang boleh dirasai di kepulauan itu.

Ahad lalu, gempa bumi paling kuat melanda bandar Yuli sehingga meruntuhkan jalan raya dan rumah rumah di kawasan berkenaan.

Taiwan kerap dilanda gempa bumi dan kebanyakannya menyebabkan kerosakan dan pulau itu memiliki sejarah bencana yang menyebabkan kes maut.