ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 6 Oktober 2022.
1. Gempa bumi sederhana dikesan di utara Sumatera
Gempa bumi sederhana berukuran 4.6 pada skala Richter dikesan berlaku di Utara Sumatera, Indonesia pada 4.31 petang tadi.
2. Ujian Senjata | Korea Utara lancar lagi peluru berpandu balistik
Korea Utara melancarkan dua lagi peluru berpandu balistik pada Khamis, iaitu pelancaran kali keenam dalam tempoh kurang dua minggu. Ia berlaku hanya dua hari selepas negara itu melancarkan peluru berpandu, yang dikesan melintasi ruang udara Jepun.
3. Ketegangan global, Filipina sedia ambil peranan pendamai di ASEAN - Marcos
Presiden Filipina Ferdinand Romualdez Marcos pada Rabu berkata beliau bersedia untuk mengambil peranan sebagai pendamai di Asia Tenggara demi untuk kepentingan negara dan keselamatan serantau.
4. Lebih 30 maut dalam tembakan rambang di taska di Thailand
Menurut Mejar Jeneral Polis Achayon Kraithong, penyerang melepaskan tembakan pada tengah hari Khamis di tengah bandar berkenaan.
5. Kain kafan terjulur keluar akibat tanah runtuh
Lebih 20 kubur terjejas akibat runtuhan tembok dan hakisan tanah yang berlaku di Tanah Pemakaman Umum (TPU) Sirnaraga, Kota Bandung dalam kejadian Selasa lalu.
6. Penipuan memancing data di Korea Selatan catat kerugian 1.76 trilion won sejak lima tahun lalu
Penipuan memancing data (phishing) di Korea Selatan menyebabkan kerugian lebih 1.76 trilion won (AS$1.24 bilion) sejak lima tahun lalu dengan kurang daripada 30 peratus wang yang dicuri diperoleh semula, menurut data kerajaan pada Khamis.
7. CPTPP bagi Malaysia akan berkuat kuasa 29 Nov ini - Mohamed Azmin
Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) bagi Malaysia akan mula berkuat kuasa pada 29 November ini, kata Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
8. Kesihatan | Ubat batuk buatan India didakwa punca 66 kematian
Kematian puluhan kanak-kanak di Gambia akibat kecederaan buah pinggang berkemungkinan dikaitkan dengan ubat batuk dan selesema yang tercemar dihasilkan oleh pengeluar ubat di India.
9. Lebih 1,100 cedera akibat gempa bumi kuat di Iran
Lebih 1,100 orang cedera akibat gempa bumi berukuran 5.4 pada skala Richter melanda wilayah Azerbaijan Barat di Iran pada pagi Rabu.
10. Pintu terkunci, tangga curam dan panik punca tragedi di Stadium Kanjuruhan - Jokowi
Tragedi 1 Oktober di Stadium Kanjuruhan, Malang, Jawa Timur dikenal pasti berpunca daripada pintu keluar terkunci, kata Presiden Indonesia Joko Widodo.
Astro Awani
Thu Oct 06 2022
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Harimau Malaya sedia hadapi segala kemungkinan - Vincente
Vicente mengakui skuad negara berdepan cabaran getir dan bersedia menghadapi segala kemungkinan apabila menentang juara bertahan Thailand pada aksi Piala ASEAN 2024 malam esok.
Ringgit terus ditutup rendah berbanding dolar AS berikutan sentimen berhati-hati
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS untuk hari kelima berturut-turut pada Jumaat berikutan sentimen berhati-hati menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC)
Penyaluran tenaga elektrik hijau pertama dari Malaysia ke Singapura bermula hari ini
Penyaluran tenaga elektrik hijau pertama dengan kapasiti 50 megawatt (MW) dari Malaysia ke Singapura bermula hari ini, kata Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA).
ASEAN-GCC-China gabungan 'segi tiga' berpotensi besar - Mohamad
Ketiga-tiga blok itu mempunyai kekuatan tersendiri yang boleh dimanfaatkan melalui kerjasama baik.
Sektor pelancongan pulih, MOTAC manfaat Kepengerusian ASEAN 2025
Statistik terbaharu itu menunjukkan peningkatan sebanyak 5.6 peratus berbanding 32.35 juta pelancong dalam tempoh sama pada 2019.
Ringgit terus alami penurunan selepas data IHP AS dikeluarkan
Ringgit ditutup lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) untuk hari keempat berturut-turut pada Khamis.
Vicente yakin Malaysia layak ke Piala Asia 2027
Vicente yakin skuad Harimau Malaya mampu layak ke Piala Asia 2027 meskipun berdepan cabaran sengit pasukan pilihan, Vietnam, pada saingan peringkat kumpulan kempen kelayakan tahun depan.
Ringgit ditutup sedikit rendah pada waktu ketidaktentuan Timur Tengah, menjelang data CPI AS
Ringgit ditutup sedikit rendah berbanding dolar AS untuk hari kedua berturut-turut pada Selasa kerana pelabur berhati-hati di tengah-tengah ketidaktentuan yang berterusan di Timur Tengah.
ASEAN model perkongsian keputusan bersama dan pengaruh mampan - Mohamad
ASEAN tidak seharusnya dilihat semata-mata sebagai "zon penampan" antara kuasa besar dunia tetapi sebagai model perkongsian keputusan bersama dan pengaruh mampan.
Ringgit ditutup rendah susulan aktiviti membeli dolar AS
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS hari ini apabila senarai data gaji bukan ladang (NFP) Amerika Syarikat (AS) yang kukuh dan kejatuhan kerajaan Syria merangsang belian mata wang AS itu.