JAKARTA: Tragedi 1 Oktober di Stadium Kanjuruhan, Malang, Jawa Timur dikenal pasti berpunca daripada pintu keluar terkunci, kata Presiden Indonesia Joko Widodo.
Beliau yang lebih dikenali sebagai Jokowi berkata, tinjauannya di stadium pada Khamis mendapati tangga ke pintu keluar juga terlalu curam dan ditambah dengan penyokong yang panik.
"Hal itu perlu dilihat secara terperinci oleh jawatankuasa khas bebas dan yang paling penting ialah keseluruhan bangunan stadium akan diaudit oleh Kementerian Kerja Raya dan Perumahan Rakyat (PUPR)," katanya dalam satu kenyataan.
Kementerian itu juga diarah mengaudit dan memperbaiki semua stadium yang menjadi venue perlawanan dalam liga bola sepak sesuai dengan standard yang ditetapkan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).
FIFA menyatakan kesediaan untuk membantu menambah baik pengurusan stadium semasa perbualan telefon dengan Presiden Gianni Infantino pada Isnin, kata Jokowi.
Menurutnya, pentadbir, pengurusan stadium, penonton dan keselamatan memerlukan penilaian menyeluruh agar kejadian selepas perlawanan antara Arema FC dan Persebaya Surabaya tidak berulang.
Beliau dan isteri Iriana Joko Widodo mengunjungi hospital di Malang untuk melawat mangsa dan memberikan pampasan 50 juta rupiah (sekitar RM15,000) kepada keluarga mangsa yang terkorban.
Tragedi itu berlaku selepas pasukan Arema FC tewas, mencetuskan kemarahan penyokongnya yang memasuki padang untuk bersemuka dengan pemain dan pegawai pasukan itu selepas perlawanan tamat.
Keadaan tegang memaksa pasukan keselamatan melepaskan gas pemedih mata yang menyebabkan ribuan penyokong berasak-asak untuk keluar stadium melalui beberapa pintu sehingga berlaku rempuhan.
Sementara itu, Angkatan Darat Tentera Nasional Indonesia menyerahkan sepenuhnya kepada jawatankuasa khas bebas untuk menyiasat mengenai dakwaan beberapa anggotanya yang melakukan kekerasan semasa menyuraikan rusuhan.
Bagaimanapun, Ketua Staf Jeneral Dudung Abdurachman berkata, kekerasan yang dilakukan kemungkinan bersebab dan ramai anggotanya turut membantu menyelamatkan penyokong.
Dalam video yang tular di media sosial, anggota tentera yang turut serta menjaga keselamatan di stadium bertindak kasar dengan menendang penyokong bola sepak hingga terjatuh.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 06 2022

Pentadbir, pengurusan stadium, penonton dan keselamatan memerlukan penilaian menyeluruh agar kejadian itu tidak berulang. - AP

Dikutuk buka purdah, bersolek, bekas isteri Virgoun minta haters block dirinya
Tindakan mantan isteri penyanyi Virgoun, Inara Rusli membuka purdah selepas mantap mahu bercerai menuai pro dan kontra dalam kalangan pengguna media sosial.

Spotify umum buang 200 kakitangan podcast
Spotify Technology SA mengumumkan akan mengurangkan lagi 200 tenaga kerja unit podcast dalam pusingan kedua penstrukturan syarikat tersebut.

Tiada keperluan pelawa bekas ahli UMNO ke PAU - Hishammuddin
Tiada keperluan untuk mempelawa bekas ahli UMNO yang dipecat untuk menghadiri Perhimpunan Agung UMNO (PAU).

Punggung kanak-kanak tercucuk besi pagar rumah
Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun terpaksa menahan kesakitan kira-kira 20 minit apabila punggungnya tercucuk besi pagar sedalam 15 sentimeter di kediaman keluarganya di Sabak Bernam.

Kanak-kanak 2 tahun dipercayai keracunan nikotin akut selepas tertelan cecair vape
Mangsa telah dirujuk ke Hospital Sultan Ahmad Shah di Temerloh kerana memerlukan bantuan pernafasan di Unit Rawatan Rapi Kanak-Kanak.

Mangsa banjir di Bukit Raja dibenarkan pulang
Kesemua 70 orang daripada 16 keluarga yang dipindahkan akibat banjir di Bukit Raja, Klang dekat sini dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 5 Jun 2023.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Langkah adaptasi dan mitigasi iklim mesti bermula sekarang - Pengarah Eksekutif UN-Habitat
Timbalan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dan Pengarah Eksekutif UN-Habitat, Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif berkata langkah adaptasi iklim dan mitigasi iklim mesti bermula sekarang.

China komited kepada kedamaian kerjasama dan pembangunan
China akan memelihara kedamaian dunia dengan tindakan konkrit di samping aktif menyumbang untuk menawarkan lebih banyak produk keselamatan awam kepada masyarakat antarabangsa.

Indonesia adakan perlawanan semula antara kelab terlibat rempuhan maut tanpa penonton
Perlawanan antara Persebaya dan Arema FC dilaksanakan tanpa penonton mengikut permit yang dikeluarkan polis.

Rempuhan Stadium Kanjuruhan: Pegawai perlawanan dihukum 18 bulan penjara
Mahkamah Indonesia menjatuhkan hukuman setahun setengah penjara terhadap seorang pegawai perlawanan bola sepak selepas didapati cuai semasa kejadian rempuhan di stadium Malang, Jawa Timur.

Perbicaraan bencana Stadium Kanjuruhan bermula
Suspek bakal berdepan hukuman penjara maksimum sehingga lima tahun jika didapati bersalah.

Penunjuk perasaan tuntut siasatan tragedi Stadium Kanjuruhan
Penyokong Arema FC memulakan perhimpunan dengan bacaan doa di bandar Malang, Jawa Timur.

PSSI-FIFA terima kritikan dalam talian selepas perlawanan persahabatan
Foto yang dimuat naik di akaun Twitter PSSI pada Rabu memaparkan ketua PSSI Mochamad Iriawan bermain bola sepak dengan presiden FIFA Gianni Infantino.

Stadium Kanjuruhan bakal dirobohkan
Jokowi berkata negara mesti "mengubah secara menyeluruh" cara ia menguruskan penganjuran sukan itu.

Jokowi terima kunjungan Presiden FIFA bincang transformasi bola sepak Indonesia
Pertemuan selama dua jam itu turut membincangkan secara terperinci aspek pengurusan stadium, keselamatan, perlawanan dan penyokong.

Rusuhan Stadium Kanjuruhan: Rakaman kejadian menerusi CCTV dipadamkan - Laporan
Rakaman yang dipadamkan adalah selepas perlawanan antara pasukan Arema FC dan Persebaya Surabaya pada 1 Oktober lepas.

Gas pemedih mata cetuskan tragedi Stadium Kanjuruhan - Polis
Laporan tragedi oleh jawatankuasa khas diketuai Menteri Koordinator Politik, Undang-undang dan Keselamatan Mahfud MD telah diserahkan kepada Presiden Joko Widodo pada Jumaat.

FIFA tidak kenakan hukuman ke atas Indonesia, kata Jokowi
Perkara itu disampaikan oleh Presiden FIFA Gianni Infantino menerusi surat kepada Joko Widodo yang lebih dikenali sebagai Jokowi.