awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ketegangan global, Filipina sedia ambil peranan pendamai di ASEAN - Marcos

Bernama
Bernama
06/10/2022
09:46 MYT
Ketegangan global, Filipina sedia ambil peranan pendamai di ASEAN - Marcos
Marcos berkata, Filipina mempunyai peranan penting untuk memelihara keamanan terutamanya di tengah-tengah ketegangan geopolitik di rantau ini. - Reuters
MANILA: Presiden Filipina Ferdinand Romualdez Marcos pada Rabu berkata beliau bersedia untuk mengambil peranan sebagai pendamai di Asia Tenggara demi untuk kepentingan negara dan keselamatan serantau.
Dalam satu forum media, Marcos berkata Filipina mempunyai peranan penting untuk memelihara keamanan terutamanya di tengah-tengah ketegangan geopolitik di rantau ini.
"Jadi kami mempunyai peranan yang sangat penting untuk dilaksanakan kerana kami mempunyai semangat yang berkobar-kobar," katanya.
Marcos juga menekankan keperluan mengukuhkan (ASEAN) untuk menjadikannya lebih responsif kepada cabaran masa depan dan membolehkan badan serantau itu melakukan lebih daripada yang telah dicapai.
Beliau bercadang membangkitkan isu itu di mesyuarat ASEAN pada November, lapor Xinhua.
Presiden Filipina itu berkata ASEAN harus mencuba dan mendorong negara anggotanya untuk bersatu dan menggerakkannya ke depan bagi memastikan kumpulan itu mempunyai fungsi dalam skema normal geopolitik.
ASEAN merangkumi Brunei, Kemboja, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ASEAN
#keamanan
#Ferdinand Romualdez Marcos
#Filipina
#ketegangan global
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan