ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 22 November 2022.

1. Gempa bumi Indonesia: Angka korban meningkat kepada 162 orang

Angka korban akibat gempa bumi di daerah Cianjur, wilayah Jawa Barat meningkat kepada 162 orang sementara ratusan lagi cedera.

2. Pesawat terhempas di kawasan kediaman, 8 maut

Lapan penumpang dan kru terkorban apabila pesawat kecil dinaiki mereka terhempas di kawasan perumahan di Medellin, Colombia pada Isnin pagi.

3. Tayangan perdana dunia 'Avatar: The Way Of Water' di Korea Selatan

Avatar: The Way of Water mula ditayangkan di pawagam di Korea Selatan pada 14 Disember, menjadikannya negara pertama di dunia menayangkan sekuel filem sci-fi blockbuster 2009 yang ditunggu-tunggu, kata pengedar tempatannya pada Selasa.

4. Jokowi lawat daerah Cianjur, angka kematian akibat gempa bumi meningkat kepada 268

Presiden Indonesia Joko Widodo pada Selasa melawat bandar Cugenang di daerah Cianjur, lokasi pusat gempa bumi berukuran 5.6 pada skala Richter yang mengorbankan 268 orang.

5. Seorang maut, 30 cedera dalam letupan bom kereta di selatan Thailand

Sekurang-kurangnya seorang pegawai polis maut manakala 30 lagi termasuk orang awam cedera dalam insiden letupan bom kereta di pekarangan kuarters polis di Narathiwat, selatan Thailand hari ini.

6. Ketua Eksekutif Hong Kong John Lee positif COVID-19

Ketua Eksekutif Hong Kong John Lee disahkan positif COVID-19 selepas bertemu dengan pemimpin serantau lain di forum Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di Thailand.

7. COVID-19: Beijing tutup tempat awam, adakan semula ujian besar-besaran

Beijing menutup taman, pusat beli-belah dan muzium pada Selasa manakala lebih banyak bandar di China melaksanakan semula ujian besar-besaran COVID-19, ketika negara itu berusaha memerangi lonjakan kes.

8. South Korea warns of supply disruptions, economic damage if truckers strike

South Korea's prime minister urged unionised truckers on Tuesday to scrap plans to go on strike this week to spare the economy what he called paralysis and irreversible damage, fuelling fears for the post-pandemic recovery of global supply chains.

9. Factory fire kills 38 in Chinese city of Anyang; two people missing

A fire at a factory in China that killed 38 people, many of them women, was caused by electric welding that flouted regulations, media said on Tuesday.

10. Buildings damaged but no tsunami warning for Solomon Islands after 7.0 earthquake

Authorities in the Solomon Islands said no tsunami warning would be issued after two powerful earthquakes struck on Tuesday, damaging Australia's embassy, the airport and shopping malls and triggering power cuts in the capital, Honiara.