awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tayangan perdana dunia 'Avatar: The Way Of Water' di Korea Selatan

Bernama
Bernama
22/11/2022
07:27 MYT
Tayangan perdana dunia 'Avatar: The Way Of Water' di Korea Selatan
Sekuel Avatar itu muncul 13 tahun selepas cerita pertamanya dan tayangan filem itu dilaporkan mengambil masa lebih tiga jam. - Gambar fail
SEOUL: Avatar: The Way of Water mula ditayangkan di pawagam di Korea Selatan pada 14 Disember, menjadikannya negara pertama di dunia menayangkan sekuel filem sci-fi blockbuster 2009 yang ditunggu-tunggu, kata pengedar tempatannya pada Selasa.
Pengarah James Cameron dan penerbit Jon Landau serta barisan pelakon filem itu termasuk Sam Worthington, Zoe Saldana, Sigourney Weaver dan Stephen Lang, merancang melawat Seoul pada 9 Disember untuk bertemu penonton tempatan menjelang tayangan perdana filem berkenaan, menurut Agensi Berita Yonhap memetik Walt Disney Company Korea.
Sekuel kedua Avatar itu muncul 13 tahun selepas cerita pertamanya dan tayangan filem itu dilaporkan mengambil masa lebih tiga jam.
Berlatarkan 15 tahun selepas peristiwa filem pertama, sekuel itu menyusuri perjalanan keluarga Jake Sully dan Neytiri serta lima anak mereka.
Treler rasmi filem itu mengetengahkan kesan visual yang menakjubkan meneroka pemandangan akuatik di planet Pandora.
Avatar disebut-sebut sebagai satu kejayaan cemerlang dari segi teknologi pembikinan filem dan masih kekal sebagai filem dengan kutipan tertinggi sepanjang zaman di seluruh dunia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Avatar
#tayangan perdana
#Korea Selatan
#the way of water
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan