Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 30 November 2022.
Indonesia menyasar menarik pelaburan asing bernilai 1,400 trilion rupiah (AS$88.4 billion) pada 2023, meningkat 200 trillion rupiah (AS$1=15,700 rupiah) daripada yang disasarkan tahun ini, kata Menteri Pelaburan, Bahlil Lahadalia.
2. Jack Ma 'bersembunyi' di Jepun?
Pengasas Alibaba, Jack Ma menetap di Tokyo selama hampir enam bulan selepas beliau dilaporkan menghilangkan diri setelah China melancarkan tindakan keras terhadap sektor teknologi.
Bekas Presiden Beijing Jiang Zemin menggalas tugas Presiden selepas peristiwa pembunuhan berama-ramai di Dataran Tiananmen (pada 1989) dan menjadi ketua negara pada 1992 hingga 2003.
Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin memaklumkam pegawai perubatannya merawat 22 rakyat Palestin yang cedera akibat ditembak di Beit Ummar.
Perdana Menteri Perancis Elisabeth Borne pada Selasa memberi amaran mengenai kemunculan semula wabak COVID-19 di Perancis, sambil memaklumkan "lebih 40,000 kes baharu" dikesan di negara itu setiap hari.
Myanmar melanjutkan langkah pencegahan COVID-19 sehingga 31 Disember, menurut kenyataan dikeluarkan oleh Jawatankuasa Pusat Pencegahan, Kawalan dan Rawatan COVID-19 pada Selasa.
Kapal Angkasa Shenzhou-15 telah dilancarkan semalam dengan misi disertai tiga angkasawan Fei Junlong, Deng Qingming dan Zhang Lu. Kenyataan dikeluarkan Pejabat Program Penerbangan Angkasa Lepas Bermanusia China (CMSEO) di Beijing yang maklumkan, ia dilancarkan pada jam 11:08 malam.
Peminat sukan perlu menyertai cabutan minggu ini sebelum mereka boleh membeli tiket sukan Olimpik Paris 2024. Bagi tujuan itu, penganjur Paris 2024 merancang untuk melancarkan cabutan umum dalam talian bermula esok hingga 31 Januari 2023.
Jepun akan mempengerusikan platform pelbagai hala G7 pada 2023. Sidang kemuncak G7 peringkat tertinggi akan diadakan di bandar Hiroshima dari 19-21 Mei 2023.
Tiga lelaki ditemui duduk di bahagian kemudi sebuah kapal tangki yang berlayar selama 11 hari dari Nigeria.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

