awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga 'penumpang' dijumpai pada kemudi kapal selepas 11 hari pelayaran

Sinar Harian
Sinar Harian
30/11/2022
01:40 MYT
Tiga 'penumpang' dijumpai pada kemudi kapal selepas 11 hari pelayaran
Ketiga-tiga lelaki itu dirawat kerana mengalami dehidrasi. -Foto Agensi
LAS PALMAS: Tiga lelaki ditemui duduk di bahagian kemudi sebuah kapal tangki yang berlayar selama 11 hari dari Nigeria.
Penemuan menggemparkan itu dibuat pengawal pantai Sepanyol yang menunjukkan tindakan berani mati ketiga-tiga lelaki itu memandangkan jarak kaki mereka dengan permukaan air hanya kurang dari satu meter.
"Mereka telah dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut sejurus kapal tangki Althini II itu tiba di Gran Canaria," kata jurucakap pihak berkuasa sambil menambah tidak dapat dipastikan jika mereka 'bertenggek' di kemudi tersebut sepanjang pelayaran sejauh lebih 5,000 kilometer dari bandar Lagos.
Difahamkan, ia bukanlah pertama kali 'penumpang' dijumpai di kemudi yang berbentuk sirip besar seperti bilah di bahagian bawah kapal.
Pada 2020, seorang remaja lelaki berusia 14 tahun mendedahkan dia menghabiskan masa selama 15 hari 'menumpang' di kemudi sebuah kapal tangki juga dari Lagos ke Gran Canaria.
Ketika ditemu bual oleh akhbar El Pais, dia mendakwa hanya minum air laut dan bergilir-gilir tidur di dalam sebuah lubang pada kemudi tersebut dengan seorang lagi penumpang.
Jumlah migran yang sanggup bergadai nyawa meredah perjalanan berbahaya dari Afrika barat ke Kepulauan Canary di Sepanyol dilaporkan telah meningkat secara ketara sejak beberapa tahun lalu.
Pada 2021, Pertubuhan Antarabangsa untuk Migrasi (IOM) merekodkan 1,532 kematian akibat 'perjalanan berbahaya' tersebut. -Sinar Harian/Agensi
Topic Berkaitan
#Nigeria
#pengawal pantai Sepanyol
#duduk di bahagian kemudi
#kapal tangki
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan