Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Disember 1, 2022 15:59 MYT
Disember 1, 2022 15:59 MYT
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 1 Disember 2022.
Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Bill Clinton disahkan positif COVID-19 pada Rabu.
Sekurang-kurangnya dua maut manakala puluhan yang lain masih hilang dalam kejadian tanah runtuh di sebuah lebuh raya di selatan Brazil pada Rabu.
Persatuan Tekstil dan Pakaian Vietnam (VITAS) menetapkan matlamat untuk membantu industri tekstil dan pakaian Vietnam menjadi lebih mesra alam menjelang 2030.
Pelancaran mekanisma baharu visa "lawatan peribadi" oleh kerajaan Arab Saudi semalam bakal memudahkan pelawat asing untuk memasuki negara itu bagi menziarahi kenalan mereka.
Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) Amerika Syarikat baru-baru ini meluluskan terapi baharu yang memperlahankan permulaan diabetes jenis satu.
Tahun 2022 direkodkan sebagai tahun paling panas di Perancis, tanpa mengambil kira bacaan suhu pada Disember, menurut perkhidmatan meteorologi negara Meteo France pada Rabu.
Sekumpulan penyelidik di Kanada menemui dua mineral baharu selepas menganalisis serpihan meteorit seberat 15 tan yang jatuh di Somalia, Timur Afrika.
Ketua Pegawai Eksekutif Apple Tim Cook tidak bercadang untuk mengeluarkan platform media sosial Twitter daripada App Store (kedai aplikasinya) walaupun terdapat laporan bahawa gergasi teknologi itu mengancam berbuat demikian sebelum ini, kata ketua Pegawai Eksekutif Twitter Elon Musk.
Gunung berapi aktif terbesar di dunia, Mauna Loa dekat Hawaii meletus buat pertama kali semalam selepas hampir 40 tahun. Gunung berapi berketinggian 4,169 meter dari paras laut itu turut memuntahkan lahar dan mengalir kira-kira 10 kilometer dari Jalan Saddle, selain turut melepaskan debu panas ke udara.
Seorang wanita yang dipercayai diculik sejak 51 tahun lalu berjaya disatukan semula dengan keluarganya di Fort Worth, Texas, Amerika Syarikat.