Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 5 Disember 2022.

1. Samsung Electronics kali pertama lantik wanita ke jawatan presiden

Lee Young-hee dilantik sebagai Presiden Pusat Pemasaran Global bahagian Device eXperience (DX) Samsung.

2. Tunjuk Perasaan | Protes kecam Presiden, tuntut perubahan politik di China

Ratusan penunjuk perasaan mengadakan protes tidak jauh dari White House bagi menuntut Presiden China, Xi Jinping letak jawatan. Ia susulan tindakan ketat kerajaan negara tembok besar itu dalam mengawal COVID-19 yang memberi tekanan kepada rakyat.

3. New Zealand rangka undang-undang supaya Google, Meta bayar kandungan berita

Menteri Penyiaran New Zealand Willie Jackson berkata sekiranya undang-undang itu dikuat kuasa, "syarikat gergasi internet itu harus membuat perjanjian dengan saluran media tempatan sebelum mendapat akses kepada kandungan berita."

4. Iran rancang tambah pengeluaran gas dari Teluk Parsi

Iran merancang menambah pengeluaran gas aslinya dari medan pengeluaran di Teluk Parsi, menurut seorang pegawai di Kementerian Petroleum.

5. G7, Australia sertai EU untuk hadkan harga minyak Rusia

Negara G7 dan Australia menyertai Kesatuan Eropah (EU) pada Jumaat untuk mengguna pakai had harga $60 setong ke atas minyak Rusia.

6. Polis Thailand kenal pasti dalang insiden landasan kereta api dibom

Polis Thailand telah mengenal pasti kumpulan yang disyaki terlibat dalam insiden letupan bom di landasan kereta api di Sadao, Songkhla pada Sabtu.

7. Kerangka keselamatan baharu perlu ambil kira kebimbangan Russia - Macron

Kerangka keselamatan baharu wajar memberi jaminan terhadap kebimbangan keselamatan Rusia jika Moscow kembali ke meja rundingan untuk menamatkan krisis di Ukraine, kata Presiden Perancis Emmanuel Macron.

8. Palestin tetap tegas menentang penjajahan Israel - Mahmoud Abbas

Pihak Berkuasa Palestin akan meneruskan usaha di peringkat antarabangsa "untuk memaksa Israel menamatkan pendudukan dan menghentikan pencerobohannya," dan meminta Israel bertanggungjawab atas pencabulannya terhadap Palestin, kata Presiden Palestin Mahmoud Abbas.

9. Fenomena Alam | Mauna Loa terus aktif keluarkan debu, lahar

Gunung berapi Mauna Loa terus aktif dan dilihat mengeluarkan asap debu serta lahar. Kali terakhir Mauna Loa meletus ialah 38 tahun lepas.

10. Fenomena Alam | Lebih 2,000 dipindahkan, gunung Semeru meletus

Lebih 2,000 penduduk dipindahkan selepas gunung berapi Semeru di Lumajang, Jawa Timur meletus pada Ahad dengan kepulan abu panas meluap sehingga 1,500 meter.