Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 9 Januari 2023.

1. Pelbagai pintu keluar masuk China dibuka semula berperingkat

China memulakan pelaksanaan dasar baharu berhubung pengurusan wabak COVID-19 pada Ahad dengan menurunkan tahapnya daripada kelas A kepada kelas B.

2. Pihak berkuasa rampas 300 kotak bunga api di Selatan Thailand

Ketua Pegawai Daerah Sadao Surin Suriyawong berkata dalam satu operasi bersepadu polis, tentera dan kerajaan tempatan telah memeriksa sebuah treler dengan plat Malaysia yang mencurigakan di depan sebuah rumah di Sadao kira-kira 1.30 pagi (waktu tempatan) pada Ahad.

3. COVID-19 | China kumpul sampel penumpang luar negara, pantau mutasi virus

China yang membuka sempadannya pada Ahad selepas tiga tahun sekatan akibat COVID-19, akan menganalisis sampel daripada penumpang luar negara yang positif koronavirus. Ini merupakan sebahagian protokol kawalan baharu mekanisme pencegahan dan kawalan penyakit, Majlis Negara China.

4. Polis Australia rampas wang tunai AS$1 juta, kokain, metilamfetamin di Sydney

Polis New South Wales (NSW) di Australia mendakwa empat lelaki selepas merampas lebih 5 kilogram (kg) kokain dan metilamfetamin serta wang tunai AUS$1.5 juta dolar (kira-kira AS$1.03 juta) di Sydney.

5. Senarai kerjasama MoU, MoC, LoI dimeterai sempena lawatan Perdana Menteri ke Indonesia

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Ahad menyaksikan pertukaran sembilan memorandum persefahaman (MoU) melibatkan syarikat-syarikat Malaysia bagi pelbagai projek dan kerjasama selain sesi penyerahan surat hasrat (LoI).

6. Hakim Mahkamah Agung Brazil arah kem penyokong Bolsonaro dimusnahkan

Hakim Mahkamah Agung Brazil, Alexandre de Moraes dilaporkan mengarahkan tentera untuk memusnahkan semua kem penyokong Bolsonaro di seluruh negara dalam tempoh 24 jam.

7. Satelit AS mungkin jatuh di sekitar Semenanjung Korea

Kementerian Sains Korea pada Isnin memberi amaran bahawa satelit Amerika Syarikat yang ditamatkan operasinya berkemungkinan jatuh di Semenanjung Korea dan kawasan persekitarannya lewat hari ini.

8. COVID-19 | Thailand wajibkan semula vaksinasi penuh buat pengembara asing

Thailand mewajibkan pengembara antarabangsa menunjukkan bukti vaksinasi COVID-19 sepenuhnya sebelum terbang ke Thailand. Ia sebagai persediaan menerima lebih ramai pelancong terutama dari China yang sudah membuka semula sempadannya pada Ahad.

9. Stesen kereta api Nigeria Selatan diserang pengganas, 31 penumpang diculik

Pesuruhjaya Komunikasi dan Orientasi Edo, Chris Nehikhare mengesahkan 31 penumpang dibawa lari pengganas dalam serangan di Stesen Kereta Api Igueben.

10. 184 pelarian Rohingya mendarat di Aceh

Kira-kira 184 pendatang Rohingya dilaporkan tiba di wilayah Aceh, Indonesia pada Ahad, selepas hanyut di laut selama berminggu-minggu.