awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Cabaran ekstrem Malatra Ultra, Pirate Backyard Ultra 2026 tarik lebih 400 penyertaan
Anak Muammar Gaddafi dikebumikan di selatan Tripoli
Potret syiling Ratu Elizabeth II undang kritikan di Australia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Satelit AS mungkin jatuh di sekitar Semenanjung Korea

Bernama
Bernama
09/01/2023
06:00 MYT
Satelit AS mungkin jatuh di sekitar Semenanjung Korea
Earth Radiation Budget Satellite (ERBS) jatuh ke Bumi selepas menyelesaikan misinya selama beberapa dekad. - AP
SEOUL: Kementerian Sains Korea pada Isnin memberi amaran bahawa satelit Amerika Syarikat yang ditamatkan operasinya berkemungkinan jatuh di Semenanjung Korea dan kawasan persekitarannya lewat hari ini.
Dilancarkan pada 1984, Earth Radiation Budget Satellite (ERBS) jatuh ke Bumi selepas menyelesaikan misinya selama beberapa dekad untuk mengkaji bagaimana Bumi menyerap dan memancarkan tenaga daripada matahari, lapor Yonhap.
Kementerian Sains dan ICT berkata ERBS dijangka terhempas ke Bumi antara 12.20 hingga 1.20 petang, dan Semenanjung Korea termasuk dalam kawasan satelit itu akan jatuh.
Kementerian itu berkata sebahagian besar daripadai satelit itu akan terbakar apabila memasuki semula atmosfera, namun meminta rakyat Korea supaya berhati-hati berkemungkinan beberapa komponen tidak musnah dan akan terjatuh di permukaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#satelit
#Amerika Syarikat
#ERBS
#satelit jatuh
#Korea
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan