ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Januari 2023.

1. Iran di kedudukan keempat dalam kalangan pembekal minyak utama OPEC

Menurut laporan Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA), pengeluaran minyak Iran pada Disember 2022 sebanyak 2.72 juta tong sehari.

2. Tarikh pilihan raya Turkiye dipercepat ke 14 Mei

Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan mengumumkan bahawa pilihan raya di negara itu akan diadakan pada 14 Mei 2023 atau sebulan lebih awal daripada tarikh dijadualkan.

3. Pakistan bergelap akibat gangguan bekalan elektrik

Pakistan dilanda kegelapan pada pagi Isnin selepas sistem penghantaran bekalan elektrik mengalami kerosakan menyebabkan gangguan berlaku di seluruh negara.

4. Snek tular 'dragon's breath' sebabkan keracunan, Indonesia keluarkan amaran

Sejenis snek yang dipopularkan menerusi aplikasi TikTok telah menyebabkan ramai kanak-kanak di Indonesia mengalami keracunan makanan dan kerosakan organ dalaman.

5. Insiden Tembakan | Penduduk Seattle nyatakan kebimbangan toleransi kaum

Kemeriahan sambutan Tahun Baharu Cina sedikit sebanyak menimbulkan rasa takut buat penduduk yang menyambutnya. Menurut mereka insiden yang dianggap sebagai jenayah kemanusiaan ini tidak sepatutnya berlaku di zaman moden ini.

6. Insiden Tembakan | Polis sahkan tiada suspek lain, suspek utama bunuh diri

Polis Los Angeles County mengesahkan tiada suspek lain yang terlibat dalam insiden tembakan di sebuah premis perniagaan di Monterey Park, California ketika sambutan tahun baharu cina pada hujung minggu lalu.

7. Bangunan Runtuh | Kanak-kanak antara 16 penduduk maut

Seorang kanak-kanak antara 16 yang maut selepas sebuah bangunan runtuh di kawasan kejiranan di bandar Aleppo, Utara Syria. Insiden turut mencederakan empat yang lain.

8. 2023 uji kecekalan kepimpinan Indonesia dalam ASEAN

Selepas berjaya menjadi tuan rumah Sidang Kemuncak G20 pada November tahun lalu, pemerhati geopolitik yakin dengan kepimpinan Indonesia di ASEAN.

9. ISESCO kecam tindakan bakar al-Quran di Stockholm

ISESCO pada Ahad mengecam "tingkah laku biadab" membakar naskhah al-Quran oleh pelampau di Stockholm.

10. Tembakan Tahun Baharu Cina: Suspek maut tembak diri sendiri

Suspek dikenal pasti sebagai Huu Can Tran, seorang lelaki Asia berusia 72 tahun.