awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tembakan Tahun Baharu Cina: Suspek maut tembak diri sendiri

Astro Awani
Astro Awani
23/01/2023
03:30 MYT
Tembakan Tahun Baharu Cina: Suspek maut tembak diri sendiri
Motif serangan, yang menyebabkan 10 orang maut dan sekurang-kurangnya 10 yang lain cedera, masih dalam siasatan. - Foto TNLA/Handout via REUTERS
LOS ANGELES: Suspek dalam kejadian tembakan di sebuah premis perniagaan di Monterey Park ketika sambutan Tahun Baharu Cina, maut akibat luka tembakan yang dilepaskan sendiri semasa serbuan polis pada pagi Ahad.
Motif serangan, yang menyebabkan 10 orang maut dan sekurang-kurangnya 10 yang lain cedera, masih dalam siasatan, kata pihak berkuasa.
Suspek dikenal pasti sebagai Huu Can Tran, seorang lelaki Asia berusia 72 tahun.
Kejadian itu berlaku di Monterey Park, California, yang merupakan komuniti majoriti Asia-Amerika yang pernah digelar sebagai "Chinatown pinggir bandar pertama".
Pihak berkuasa berkata selepas melepaskan tembakan di sebuah studio tarian, suspek menyasarkan lokasi kedua di Alhambra, sebuah lagi bandar majoriti Asia Amerika.
Namun dia melarikan diri selepas pistolnya berjaya dirampas oleh dua orang awam.
Dalam sidang media pada Ahad, Syerif Robert Luna dan ahli politik tempatan memuji keberanian dua individu tersebut, yang dilihat berjaya menghalang tragedi lebih teruk.
Judy Chu, ahli kongres yang mewakili Monterey Park, memberitahu penduduk bahawa mereka tidak lagi dalam bahaya, namun memaklumkan punca mengapa studio tarian itu menjadi sasaran masih tidak jelas.
Topic Berkaitan
#tembakan
#monterey
#Tahun Baharu Cina
#California
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan