DUNIA
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 26 Januari 2023.
Junta tentera Myanmar membatalkan pengampunan penjara seorang ahli ekonomi dan penasihat dari Australia yang dibebaskan tahun lepas dan telah pun kembali ke negara asalnya, memetik media tempatan pada Khamis.
Korea Selatan cadang bawa masuk 110,000 pekerja asing
2. Korea Selatan dilaporkan bercadang membawa masuk kira-kira 110,000 pekerja asing untuk bekerja di ladang dan kilang di negara itu, tahun ini.
Sekumpulan 27 pengembala Fulani terbunuh dan beberapa lagi cedera apabila sebutir bom meletup di kampung Rukubi di sempadan antara negeri Nasarawa dan Benue di tengah Nigeria pada Rabu.
Penyiasat Belanda menahan seorang lelaki yang didakwa mencuri dan menjual data peribadi berjuta-juta orang di seluruh dunia termasuk hampir setiap orang yang tinggal di Austria.
Pentadbiran Taliban di Afghanistan dilaporkan merancang untuk merangka garis panduan baharu bagi membolehkan wanita di negara itu bekerja dalam beberapa operasi kemanusiaan.
Dua orang terbunuh dan lima lagi cedera dalam serangan menggunakan pisau di utara Jerman pada Rabu.
Sekumpulan pelajar ditahan ketika berkumpul untuk menonton dokumentari BBC mengenai Perdana Menteri India, Narendra Modi, pada Rabu. Penahanan susulan tindakan kerajaan India mengharamkan penyiaran dokumentari itu di semua platform dan melabelnya sebagai propaganda.
Presiden Joe Biden mengumumkan amerika syarikat akan menghantar 31 kereta kebal tempur M1 Abrams ke Ukraine. Keputusan Amerika Syarikat itu dibuat selepas Jerman bersetuju untuk menghantar 14 kereta kebal Leopard 2 A6 daripada stoknya sendiri.
Pakistan pada Rabu meminta Belanda halang tindakan Islamofobia selepas seorang ekstremis dan ahli politik Belanda mencemarkan naskhah al-Quran.
Pesakit COVID-19 yang kritikal di China telah turun 72 peratus daripada puncak awal bulan ini manakala kematian harian pula telah menurun 79 peratus daripada kemuncaknya.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami