NEW DELHI: Pakistan pada Rabu meminta Belanda halang tindakan Islamofobia selepas seorang ekstremis dan ahli politik Belanda mencemarkan naskhah al-Quran.
Edwin Wagensveld pemimpin kumpulan pelampau Pegida Belanda pada Ahad mengoyak muka surat al-Quran berhampiran parlimen Belanda di The Hague dan memijaknya.
"Ini merupakan jenayah Islamofobia yang provokatif yang dilakukan atas alasan kebebasan bersuara," kata Kementerian Luar Pakistan dalam satu kenyataan.
"Kami juga percaya kerajaan dan masyarakat antarabangsa bertanggungjawab secara amnya dalam mencegah perbuatan keji itu yang dilakukan dengan motif tersembunyi untuk mencetuskan kebencian dan keganasan agama," kata kementerian itu.
"Kebimbangan Pakistan akan disampaikan kepada pihak berkuasa Belanda.
"Kami menggesa mereka supaya berhati-hati dengan sentimen rakyat Pakistan dan umat Islam di seluruh dunia dan mengambil langkah untuk mencegah perbuatan kebencian dan Islamofobia itu," katanya.
Provokasi di Belanda itu menyusul tindakan membakar satu salinan kitab suci itu di luar Kedutaan Turki di ibu kota Sweden, Stockholm, oleh ekstremis anti-Islam Denmark Rasmus Paludan.
Al-Azhar institusi Islam terkemuka Mesir, menggesa pemulauan produk Sweden dan Belanda manakala anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mengecam tindakan provokatif di kedua-dua negara Eropah itu.
"Masyarakat antarabangsa harus meningkatkan suara kolektif menentang Islamofobia dan bekerjasama untuk mempromosi keharmonian antara agama dan kewujudan bersama secara aman.
"Itulah semangat di sebalik resolusi yang diluluskan oleh Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada 2022 untuk menandakan 15 Mac sebagai Hari Antarabangsa untuk Memerangi Islamofobia," menurut kenyataan kementerian luar Pakistan.
Pada Selasa OIC menyuarakan kebimbangannya terhadap "manifestasi berterusan sikap tidak bertoleransi dan kebencian agama terhadap umat Islam di banyak tempat di dunia" dan menggesa kerajaan terbabit supaya mengambil langkah untuk menangani Islamofobia.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 25 2023

Provokasi di Belanda itu menyusul tindakan membakar satu salinan kitab suci itu di luar Kedutaan Turki di ibu kota Sweden, Stockholm, oleh ekstremis anti-Islam Denmark Rasmus Paludan. -Gambar fail

Suspek pukul rakan direman tujuh hari
Tempoh reman berkenaan bermula pada Sabtu bagi melengkapkan siasatan berhubung kematian mangsa yang berusia 76 tahun.

Polis minta waris, saksi buat laporan nahas di Rawang Bypass
Kejadian dipercayai berlaku melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Axia dipandu seorang wanita tempatan berusia 33 tahun.

Rumah pusaka dijadikan Rumah Ngaji
Rumah Ngaji yang ke-50 di Pulau Pinang itu dikenali sebagai Rumah Ngaji Abu Bakar dikendalikan oleh Yayasan Mawar Pulau Pinang.

Kami tawarkan bahtera penyelamat - Pemuda Pas
Ketua Pemuda Pas, Ahmad Fadhli Shaari menerusi hantaran di Facebooknya berkata, pihaknya menawarkan bahtera penyelamat kepada mereka.

Masters Indonesia: Pearly-Thinaah kandas di separuh akhir
Pasangan beregu wanita utama negara dikecewakan di separuh akhir buat kali kedua berturut-turut apabila tewas kepada Fukushima-Hirota.

Kerajaan akan naik taraf kemudahan PPS untuk mangsa banjir
Kebanyakan PPS sedia ada menggunakan dewan orang ramai dan sekolah yang masing-masing mempunyai kekangan tersendiri.

Malaysia kecam sekeras-kerasnya serangan bersenjata di Kedutaan Azerbaijan, Tehran
Malaysia mengulangi pendirian menolak semua bentuk keganasan dan menyeru agar pelaku serangan kejam dibawa ke muka pengadilan.

Kerajaan laksana pelbagai usaha mudah cara majikan dapatkan pekerja asing
Majikan atau pekerja asing dinasihati agar tidak terlibat dengan sindiket atau aktiviti pemalsuan dokumen bekerja.

Penganjur perlu timbangkan lokasi sesuai untuk anjurkan konsert - Fahmi
Sementara kerajaan tidak akan terlibat dalam aspek berkenaan, tetapi ia mengambil maklum rungutan daripada pembeli tiket konsert.

JPJ N.Sembilan rekod 2,337 kesalahan sepanjang Ops TBC 2023
Antara kesalahan terbabit adalah tiada lesen memandu, lesen kenderaan motor (LKM) tamat tempoh dan gagal mematuhi lampu isyarat merah.

Pakistan minta Belanda halang tindakan Islamofobia
Edwin Wagensveld pemimpin kumpulan pelampau Pegida Belanda pada Ahad mengoyak muka surat al-Quran berhampiran parlimen Belanda di The Hague dan memijaknya.

Bekalan elektrik di Pakistan pulih sepenuhnya - Menteri
Gangguan bekalan elektrik di Pakistan telah pun pulih sepenuhnya selepas terputus bekalan selama kira-kira 24 jam pada Isnin.

Bank pusat Pakistan naikkan kadar faedah untuk kawal inflasi
Penting untuk menambat jangkaan inflasi dan mencapai objektif kestabilan harga bagi menyokong pertumbuhan ekonomi yang mampan.

Pakistan bergelap akibat gangguan bekalan elektrik
Gangguan bekalan di negara itu disebabkan penurunan mendadak dalam frekuensi sistem penghantaran kuasa.

Peguam maut ditembak di mahkamah Pakistan
Seorang peguam maut ditembak ketika berada di dalam mahkamah di bandar Peshawar barat laut Pakistan pada Isnin.

Pakistan terima pinjaman baharu AS$1 bilion daripada UAE
UAE setuju menangguhkan pembayaran balik pinjaman AS$2 bilion sebaliknya memberi pinjaman tambahan AS$1 bilion kepada Pakistan.

PM Anwar terima panggilan daripada PM Pakistan Shehbaz Sharif
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima panggilan telefon daripada Perdana Menteri Pakistan Shehbaz Sharif pada Rabu.

Wartawan Pakistan hilang telah dihantar pulang - Saifuddin
Saifuddin berkata, keberadaan individu itu di negara ini membuatkan Pakistan membuat permohonan untuk menghantar pulang individu tersebut.

India, Pakistan saling bertukar senarai kemudahan nuklear, banduan
Perjanjian 1988 memerlukan India dan Pakistan memaklumkan satu sama lain tentang pemasangan dan kemudahan nuklear mereka pada 1 Jan setiap tahun.

Isteri wartawan Pakistan mohon pertolongan PM Anwar, dakwa suaminya hilang sejak 23 Ogos
Syeda turut mengalu-alukan bantuan mana-mana pihak atau badan bukan kerajaan, supaya keselamatan suaminya terjamin.