DUNIA
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 1 Februari 2023.
Boeing mengucapkan selamat tinggal kepada model jet jumbo 747 selepas menghantar model terakhirnya kepada Atlas Air di Washington pada Selasa.
Lebih 1.5 juta penduduk hilang tempat tinggal sejak rampasan kuasa di Myanmar
2. Lebih 1.5 juta penduduk hilang tempat tinggal dalam tempoh beberapa tahun lepas di Myanmar dengan lebih lima juta kanak-kanak sangat memerlukan bantuan kemanusiaan, menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Selasa, sehari sebelum ulang tahun kedua rampasan kuasa tentera di negara itu.
Amerika Syarikat dan sekutunya mengenakan sekatan lanjut ke atas Myanmar pada Selasa.
Tiada rakyat Malaysia dilaporkan terjejas akibat kejadian gempa bumi berukuran 5.9 pada skala Richter yang melanda barat laut Iran berhampiran bandar Khoy (780 kilometer dari utara Tehran) pada Sabtu (28 Jan).
Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) pada Selasa menuntut "tindak balas yang tegas" terhadap kejadian membakar salinan al-Quran di Sweden, Belanda dan Denmark baru-baru ini.
Seluruh Perancis lumpuh apabila mogok besar-besaran dan tunjuk perasaan diadakan di negara itu buat kali kedua dalam tempoh sebulan bagi membantah pembaharuan yang dirancang kerajaan untuk meningkatkan umur persaraan.
Ketua NATO pada Selasa berkata imbangan kuasa kini pantas beralih di Indo-Pasifik.
Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Antony Blinken bertemu dengan Presiden Palestin Mahmoud Abbas di bandar Ramallah Tebing Barat pada Selasa.
Pejabat Peguam Negara New York mendedahkan video bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump ketika memberi keterangan bersumpah Ogos lalu dalam siasatan kes penipuan sivil.
Saintis New Zealand memberi amaran bahawa berdasarkan jumlah maksimum wap air di udara yang meningkat dengan suhu, potensi hujan yang melampau akan meningkat apabila iklim menjadi panas.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami