NEW YORK: Pejabat Peguam Negara New York mendedahkan video bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump ketika memberi keterangan bersumpah Ogos lalu dalam siasatan kes penipuan sivil.
Trump membuka keterangan bersumpah itu dengan menggunakan Pindaan Kelima dan enggan menjawab soalan yang diberikan Peguam Negara.
Trump dilihat menolak menjawab kepada semua soalan, mengulangi frasa "jawapan yang sama".
"Saya langsung tiada pilihan kerana pentadbiran semasa dan ramai pendakwa raya di negara ini telah kehilangan semua batasan moral dan etika kesopanan.
"Sesiapa dalam kedudukan saya yang tidak mengambil Pindaan Kelima akan menjadi bodoh, bodoh mutlak," kata Trump.
Peguam Negara New York Letitia James kemudiannya menyaman Trump dan Organisasi Trump, kerana mengelirukan bank dan pihak berkuasa cukai tentang nilai aset seperti padang golf dan bangunan pencakar langit untuk mendapatkan pinjaman dan faedah cukai.
Tindakan undang-undang yang belum selesai itu boleh membawa kepada penalti sivil terhadap syarikat Trump jika Peguam Negara Demokrat menang.
Demokrat mahu AS$250 juta dan larangan Trump menjalankan perniagaan di New York.
Dalam pada itu, seorang pemantau bebas dilantik untuk memantau kes berkenaan.
Astro Awani
Wed Feb 01 2023

Trump dilihat menolak menjawab kepada semua soalan, mengulangi frasa "jawapan yang sama". - Foto REUTERS

Kira-kira 5,000 pekerja sektor awam sertai mogok
Ribuan pekerja sektor awam termasuk kakitangan hospital menyertai mogok di Brandenburg Gate pada Sabtu bagi mendesak kenaikan gaji.

Kamala tiba di Ghana, mulakan lawatan seminggu di Afrika
Naib Presiden Amerika Syarikat, Kamala Harris tiba di Accra, Ghana pada Ahad sekali gus memulakan lawatan seminggunya ke benua Afrika yang pastinya akan menarik perhatian umum memandangkan beliau naib presiden wanita kulit hitam pertama Amerika Syarikat melawat benua itu.

Do Kwon ditahan selepas enam bulan larikan diri
Pengasas syarikat mata wang kripto, Terraform Labs iaitu Do Kwon akhirnya berjaya ditahan pihak berkuasa Montenegro pada Sabtu selepas notis merah dikeluarkan oleh Interpol pada Oktober tahun lalu.

Tiada pakatan ketenteran antara Rusia dan China
Presiden Rusia, Vladimir Putin menegaskan tiada sebarang pakatan ketenteraan antara Rusia dan China.

Pelakon Jonathan Majors ditahan atas dakwaan serangan
Bintang filem Ant-Man and The Wasp: Quantumania, Jonathan Majors ditahan polis pada Selasa atas dakwaan keganasan rumah tangga. Dia ditahan di bandar New York kerana didakwa menyerang seorang wanita berusia 30 tahun di sebuah kejiranan di Chelsea, Manhattan

Pelajar 14 tahun muncul sebagai pembayar zakat perniagaan termuda di Kelantan
Seorang pelajar berusia 14 tahun dari Sekolah Menengah Kebangsaan Kubang Bemban, Pasir Mas muncul sebagai pembayar zakat perniagaan termuda setakat ini di Kelantan. Putri Mumtaz Sunnafis Luthfiya Mohd Mustaman, atau lebih dikenali sebagai Piya, membayar zakat perniagaan sebanyak RM10 ribu bagi tahun 2022 kepada Majlis Agama Islam dan adat istiadat Melayu Kelantan (MAIK), Khamis lepas.

Bekalan ayam mencukupi hingga Aidilfitri
Bekalan ayam mentah di seluruh negara dijangka mencukupi sehingga Hari Raya Aidilfitri berdasarkan data diperoleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.

Kanak-kanak lelaki cedera di kepala tersepit lif
Seorang kanak-kanak lelaki berusia satu tahun setengah mengalami kecederaan di kepala selepas terjatuh dan tersepit di lubang antara pintu lif dan dinding bangunan, hari ini. Kejadian berlaku di sebuah lif pangsapuri Blok C PPR Hicom Jalan Bukit Belimbing Seksyen 26 Shah Alam pada jam 7.30 petang tadi.

MOFA teliti cadangan buka semula kedutaan di negara konflik
Kementerian Luar sedang meneliti cadangan membuka semula beberapa Kedutaan Besar Malaysia di negara-negara bergolak sebelum ini akibat perang yang berlaku.Menurut Menterinya, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir, satu pasukan telah diwujudkan bagi meneliti semua aspek keperluan pembukaan semula kedutaan itu sebelum keputusan dibuat.

PRN: PN hanya bermimpi di siang hari - Zahid
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, sesiapa sahaja boleh bermimpi namun hakikatnya ia bukanlah sesuatu yang mudah.

New York tingkat langkah keselamatan meskipun ketidakpastian kes Trump
Penguatkuasa undang-undang di New York City mempertingkatkan langkah keselamatan di kawasan tumpuan selepas Trump baru-baru ini menjangkakan penahanan beliau pada Selasa.

Video Trump beri keterangan bersumpah didedah
Trump membuka keterangan bersumpah itu dengan menggunakan Pindaan Kelima dan enggan menjawab soalan yang diberikan Peguam Negara.

Amerika akan tamatkan darurat kesihatan awam COVID-19 pada 11 Mei
Pentadbiran Presiden Joe Biden mengumumkan pada Isnin pihaknya merancang untuk menamatkan darurat kesihatan awam (PHE) COVID-19 pada 11 Mei.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Trump akan runding tamatkan konflik Ukraine dalam tempoh 24 jam
Donald Trump mendakwa konflik di Ukraine tidak akan berlaku sekiranya beliau masih memegang jawatan presiden.

Meta akan pulihkan semula akaun Facebook, Instagram Trump
Meta pada Rabu mengumumkan syarikat itu akan memulihkan akaun Facebook dan Instagram bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dalam tempoh beberapa minggu akan datang.

Rusuhan ganas Capitol: 350 suspek masih diburu
Seramai 950 suspek telah ditahan selepas dua tahun insiden pencerobohan ganas oleh penyokong bekas Presiden AS Donald Trump.

Kanye West mahu bertanding Presiden AS
West yang turut menggunakan nama Ye, menyiarkan simbol dalam ciapan di Twitter dengan 'Ye' dan nombor 24.

Kes rogol: Trump kena saman kali kedua
Carroll adalah antara orang pertama yang mengemukakan tuntutan undang-undang di bawah Akta Orang Dewasa Terselamat.

Akaun twitter Donald Trump 'hidup' semula
Elon Musk memaklumkan akaun Donald Trump telah dikembalikan semula selepas menjalankan tinjauan pendapat di mana pengguna menyokong langkah itu.