ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 7 Februari 2023.

1. Gempa bumi Turkiye: 13 rakyat Malaysia selamat, masih terperangkap di kawasan bencana - Duta

Seramai 13 rakyat Malaysia yang berada di kawasan bencana gempa bumi di Turkiye berada dalam keadaan selamat, namun belum dapat dibawa keluar buat masa ini.

2. Gempa bumi Turkiye: PM arah sedia tambah pasukan SAR - Armizan

Kerajaan akan membuat penilaian sekiranya terdapat keperluan penambahan anggota pasukan mencari dan menyelamat (SAR) untuk dihantar ke Turkiye dalam masa terdekat.

3. Bencana Gempa | Suhu sejuk melampau dan jalan rosak ganggu misi bantuan

Cuaca hujan dengan salji sejuk melampau dan kekurangan bahan api serta jalan rosak di Syria menyukarkan pasukan agensi mencari serta menyelamat untuk akses ke kawasan terjejas gempa.

4. Gempa bumi Turkiye: Kerajaan sedia hantar pasukan perubatan, bina hospital medan - Armizan

Kerajaan menyuarakan kesediaan untuk menghantar pasukan perubatan serta membina hospital medan di Turkiye, sekiranya negara itu memerlukannya.

5. Gempa Bumi | Mangsa gempa di Syria berdepan krisis penempatan

Bencana di Syria turut mengundang krisis penempatan buat mangsa yang hilang tempat tinggal. Buat sementara waktu ada dalam kalangan mangsa yang menumpang teduh di gereja, manakala hospital dan klinik pula dibanjiri mangsa yang cedera.

6. Gempa Turkiye, Syria: Angka korban boleh meningkat 8 kali ganda, cecah 20,000 - WHO

Jumlah kematian akibat gempa bumi kuat di Turkiye dan Syria boleh meningkat kepada lebih 20,000, menurut pegawai kecemasan kanan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk Eropah, Catherine Smallwood.

7. Gempa Turkiye: Erdogan isytihar berkabung 7 hari

Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan mengisytiharkan tempoh berkabung selama tujuh hari susulan gempa bumi dahsyat yang mencatat kemusnahan besar di negara itu.

8. Jenazah Pervez Musharraf diterbangkan ke Pakistan untuk dikebumikan

Jenazah bekas pemerintah tentera Pakistan, Pervez Musharraf diterbangkan ke negara itu pada Isnin untuk dikebumikan, kata pegawai.

9. 8 maut, 5 hilang dalam kejadian banjir lumpur di Peru

Pusat Operasi Kecemasan Kebangsaan (COEN) pada Isnin mengesahkan sekurang-kurangnya lapan orang terbunuh dan lima masih hilang selepas banjir lumpur melanda perkampungan di Camana Peru, di wilayah selatan Arequipa.

10. Pelancongan di Asia Pasifik pulih ke paras sebelum pandemik menjelang 2024 - ADB

Pemulihan sektor pelancongan di Asia dan rantau Pasifik pesat meningkat dan mungkin kembali semula ke tahap sebelum pandemik menjelang 2024, menurut laporan yang dikeluarkan oleh Bank Pembangunan Asia (ADB) pada Selasa.