awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jenazah Pervez Musharraf diterbangkan ke Pakistan untuk dikebumikan

Bernama
Bernama
07/02/2023
08:20 MYT
Jenazah Pervez Musharraf diterbangkan ke Pakistan untuk dikebumikan
Jenazah Pervez Musharraf yang menghembuskan nafas terakhirnya pada Ahad di sebuah hospital di Dubai dan akan dikebumikan di perkuburan tentera di bandar Karachi di selatan Pakistan pada Selasa. - Gambar fail
ISLAMABAD: Jenazah bekas pemerintah tentera Pakistan, Pervez Musharraf diterbangkan ke negara itu pada Isnin untuk dikebumikan, kata pegawai.
Musharraf, 79, menghembuskan nafas terakhirnya pada Ahad di sebuah hospital di Dubai dan akan dikebumikan di perkuburan tentera di bandar Karachi di selatan Pakistan pada Selasa, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa) memetik sumber keluarga.
Sebagai sekutu utama Amerika Syarikat dalam perang menentang al-Qaeda di Afghanistan, Musharraf memerintah Pakistan antara 1999 dan 2008 selepas menggulingkan kerajaan yang dipilih dalam rampasan kuasa tanpa pertumpahan darah.
Sebuah pesawat khas yang membawa jenazah beliau mendarat di lapangan terbang di Karachi kira-kira 10 malam (1700 GMT), kata jurucakap Pihak Berkuasa Penerbangan Awam, Saif Ullah.
Musharraf berada di Emiriah Arab Bersatu sejak 2016 sejak tinggal dalam buangan untuk mengelak perbicaraan berkaitan beberapa kes.
Pada 2019, Musharraf dijatuhi hukuman mati tanpa kehadiran kerana pengkhianatan, menjadikannya diktator pertama yang disabitkan bersalah oleh mahkamah Pakistan.
Bagaimanapun, sebulan kemudian keseluruhan proses itu diisytiharkan tidak mengikut perlembagaan dan hukuman itu dibatalkan - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Pervez Musharraf
#Pervez Musharraf meninggal dunia
#Pakistan
#jenazah Pervez Musharraf
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan