Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 13 Februari 2023.
Terperangkap lebih 150 jam seorang lelaki mangsa gempa bumi Turkiye berjaya diselamatkan pasukan mencari dan menyelamat (SAR) diketuai China. Mangsa dibawa keluar dalam keadaan selamat selepas terperangkap di bangunan kediamannya yang runtuh dalam bencana.
2. Ukraine-Rusia | Satelit rakam kemusnahan di bandar Vuhledar
Vuhledar medan pertempuran tentera Ukraine dan Rusia sejak berbulan lalu berubah menjadi padang jarak padang terkukur. Kesan kemusnahan bukan hanya melibatkan bangunan malah merubah sama sekali struktur alam sekitarnya.
Rejim Zionis terus bertindak membedil Gaza atas alasan menghapuskan kepentingan Hamas. Dalam serangan terkini pada Isnin, tentera Israel melancarkan serangan roket menyasarkan kawasan yang didakwa sebagai tapak bawah tanah yang digunakan Hamas untuk menghasilkan roket.
Kerajaan Malaysia sedang bekerjasama dengan Kedutaan Syria di sini bagi mengenal pasti pilihan terbaik untuk menyampaikan bantuan ke kawasan yang terjejas berikutan dua gempa bumi kuat yang berpusat di selatan Turkiye yang turut menjejaskan Syria.
Menteri Ekonomi Lubnan Amin Salam pada Ahad merayu sokongan dunia Arab untuk membantu negara itu yang berhadapan kekurangan wang di tengah-tengah krisis ekonomi.
Kerajaan Jepun sedang menimbang cadangan menggunakan pejabat pos sebagai tempat menyimpan bekalan barangan kecemasan seperti makanan, air dan peralatan tempat tidur untuk penghantaran ke kawasan pemindahan sekiranya berlaku bencana.
Sebuah lagi Hospital Medan Malaysia (HMM) berskala kecil dijangka dibuka bagi memberikan bantuan kemanusiaan kepada mangsa yang terjejas akibat gempa bumi di Turkiye kata Panglima Tentera Darat Jen Tan Sri Zamrose Mohd Zain.
Seramai 175 pemimpin belia dari 10 negara anggota ASEAN dan India menghadiri Sidang Kemuncak Belia ASEAN-India Keempat yang bertemakan "Memperkukuh Perkongsian ASEAN-India di Indo-Pasifik".
Turkiye berikrar untuk menyiasat secara menyeluruh pihak yang bertanggungjawab ke atas runtuhan bangunan susulan gempa bumi yang melanda minggu lalu.
Pihak berkuasa Palestin (PA) akan merayu kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk terima pakai resolusi dalam memastikan penyelesaian dua negara dengan memberikan Palestin keahlian penuh dalam pertubuhan itu.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

