awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Astro Awani
15/02/2023
15:59 MYT
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 15 Februari 2023.
1. Thailand kutip fi daripada pelancong asing mulai 1 Jun
Kabinet Thailand memutuskan untuk mengutip bayaran antara 150 (RM19.25) dan 300 baht (RM38.45) ke atas setiap pelancong asing bermula 1 Jun bagi membantu membiayai pembangunan dan penyelenggaraan tempat tarikan pelancong serta perlindungan insurans pelancong.
2. Gempa Turkiye: PM bangga dengan pasukan penyelamat Malaysia
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan rasa bangga beliau dan rakyat Malaysia di atas kecekapan dan tahap profesionalisme pasukan mencari dan menyelamat (SAR) negara yang bertugas membantu mangsa gempa bumi di Nurdagi di sini.
3. Parlimen EU | Tiada lagi kenderaan petrol, diesel menjelang 2025
27 negara Kesatuan Eropah (EU) akan menguatkuasakan larangan penjualan kenderaan baharu yang dijana petrol dan diesel mulai tahun 2035. Ia selepas Parlimen Eropah secara rasmi meluluskan undang-undang untuk mengharamkan penjualan kenderaan tersebut.
4. Malaysia, China akan bekerjasama dalam penyelidikan rantai blok Xinghuo-Zetrix
Infrastruktur blok rantai MY E.G. Services Bhd (MYEG), Zetrix telah dipilih oleh kerajaan China sebagai satu komponen bagi program penyelidikan usaha sama kerajaan ke kerajaan yang menerajui pengkomersialan.
5. Gempa bumi kuat gegar utara New Zealand
Gempa bumi bermagnitud 6.0 menggegarkan Pulau Utara New Zealand pada Rabu, menurut penyedia perkhidmatan penyelidikan geosains New Zealand, lapor Xinhua.
6. Gempa Turkiye-Syria | Separuh rakyat Syria dalam kelaparan - WFP
Program Makanan Sedunia PBB (WFP) menganggarkan lebih separuh rakyat Syria yang terkesan susulan gempa bumi berada dalam keadaan kelaparan. Jelas Pengarahnya, Corinne Fleischer, ia merupakan fasa terburuk sejak krisis perang melanda Syria.
7. Tiga maut dalam tragedi Taufan Gabrielle di New Zealand
Sekurang-kurangnya tiga orang maut dalam tragedi Taufan Gabrielle yang melanda New Zealand sejak Ahad.
Topic Berkaitan
#berita luar negara
#berita pilihan
#Berita AWANI
#Astro Awani
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan