awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gempa Turkiye: PM bangga dengan pasukan penyelamat Malaysia

Bernama
Bernama
15/02/2023
08:43 MYT
Gempa Turkiye: PM bangga dengan pasukan penyelamat Malaysia
Anwar berada di Turkiye bagi menyatakan sokongan moral kepada Presiden Reccep Tayyip Erdogan dan rakyat negara itu yang dilanda gempa bumi awal minggu lepas sehingga mengorbankan puluhan ribu nyawa. - fotoBERNAMA
GAZIANTEP: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan rasa bangga beliau dan rakyat Malaysia di atas kecekapan dan tahap profesionalisme pasukan mencari dan menyelamat (SAR) negara yang bertugas membantu mangsa gempa bumi di Nurdagi di sini.
Beliau berkata, pasukan SAR negara yang terdiri daripada anggota Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam dan Kor Kesihatan Angkatan Tentera Malaysia yang ditempatkan di Nurdagi telah menunjukkan pengorbanan dan keupayaan luar biasa yang boleh dibanggakan.
"Saya bangga sekali dengan pasukan kita yang telah menunjukkan keupayaan yang luar biasa, pengorbanan yang luar biasa.
"Gabenor dan wakil gabenor di sini (Nurdagi) turut menyatakan bahawa pasukan kita menunjukkan dedikasi yang luar biasa. Saya bagi pihak seluruh rakyat ingin mengucapkan penghargaan dan doa kepada Allah SWT, mudah-mudahan beban rakyat di sini diringankan dan kita (Malaysia) akan buat sedaya upaya untuk membantu,” katanya.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melihat dari dekat runtuhan bangunan kesan daripada gempa bumi semasa melakukan lawatan ke Pusat Operasi Pasukan Penyelamat Malaysia di Nurdagi , Rabu. - Foto BERNAMA
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melihat dari dekat runtuhan bangunan kesan daripada gempa bumi semasa melakukan lawatan ke Pusat Operasi Pasukan Penyelamat Malaysia di Nurdagi , Rabu. - Foto BERNAMA
BACA SEMUA BERHUBUNG GEMPA TURKIYE DI SINI
Beliau berkata demkian kepada pemberita selepas melawat kem pasukan SAR negara di Stadium Nurdagi di sini, Rabu.
Dapatkan berita dan informasi terkini berkaitan gempa di Turkiye dan Syria di sini
Topic Berkaitan
#gempa turkiye
#Anwar Ibrahim
#pasukan sar malaysia
#Nurdagi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan