Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 27 Februari 2023.
Sekurang-kurangnya 59 maut termasuk 12 kanak-kanak dalam tragedi kapal karam yang berlaku pantai selatan Itali pada Ahad.
2. Puluhan cedera, rakyat Sri Lanka bantah SPR tangguh pilihan raya
Polis Sri Lanka terpaksa melepaskan gas pemedih mata dan meriam air bagi menyuraikan penunjuk perasaan yang marah terhadap keputusan menangguhkan pilihan raya tempatan.
Polis Hong Kong berjaya menemui kepala model dan selebriti media sosial Abby Choi, dua hari selepas menjumpai sebahagian anggota badannya di sebuah rumah di Kampung Lung Mei, di daerah Tai Po.
Hujan lebat, banjir dan tanah runtuh di Sao Paulo, Brazil menyebabkan hampir 60 orang terkorban, lapor media Brazil.
Ribut musim sejuk yang melanda pantai barat California, Amerika Syarikat (AS) sehingga menyebabkan banjir dan suhu sejuk melampau kini beralih ke selatan California pada Sabtu.
Gergasi media sosial Twitter sekali lagi mengambil langkah mengurangkan kakitangannya dengan menamatkan perkhidmatan sekurang-kurangnya 50 pekerja, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).
Beratus-ratus pendatang Israel bertindak melancarkan serangan balas di Tebing Barat pada malam Ahad, dengan membakar rumah, kedai, kereta dan ladang selepas serangan Palestin membunuh dua warga Israel.
Tragedi gempa bumi yang melanda bumi Turkiye dan Syria serta mengorbankan lebih 50,000 nyawa setakat ini turut mendapat perhatian Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) dengan berangkat ke negara itu bagi menyalurkan bantuan menerusi Misi Kemanusiaan Turkiye 2023.
Menteri Luar Datuk Seri Zambry Abdul Kadir akan menerima kunjungan rakan sejawatnya dari Australia Penny Wong sempena lawatan kerja dua hari beliau ke Malaysia bermula Isnin.
https://www.astroawani.com/berita-dunia/dua-beranak-terperangkap-selepas-gempa-56-magnitud-gegar-ankara-408444
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

