Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 3 Mac 2023.
Presiden Joko Widodo mengecam perilaku buruk di kalangan pegawai kerajaan dan memandang serius insiden yang menimbulkan rasa kurang senang rakyat baru-baru ini.
2. Kemboja: Bekas ketua pembangkang Kem Sokha dijatuhi hukuman penjara 27 tahun
Sebuah mahkamah di Kemboja pada Jumaat menjatuhkan hukuman penjara 27 tahun ke atas bekas ketua pembangkang Kem Sokha selepas didapati bersalah atas tuduhan melakukan khianat.
Ratusan pelajar 'ponteng' sekolah di serata Australia pada Jumaat untuk menyertai protes bagi menuntut tindakan tegas menangani perubahan iklim. Di Sydney, kesatuan pekerja dan kumpulan-kumpulan lain turut serta berarak di jalan utama, meskipun dilanda hujan.
Amerika Syarikat dan Korea Selatan akan menjalankan latihan ketenteraan berskala besar pada bulan ini. Latihan itu yang dipanggil 'perisai kebebasan' akan diadakan dari 13 hingga 23 Mac untuk memperkukuhkan gabungan pertahanan kedua-dua negara.
Korea Selatan menambah bantuan kewangan untuk Ukraine pada tahun ini untuk menyokong Kyiv dari segi kemudahan penjanaan elektrik.
Pihak berkuasa penerbangan Korea Selatan dan China sepakat untuk menambah bilangan penerbangan secara berperingkat sehingga mencapai tahap seperti sebelum pandemik.
Dewan Rakyat Perancis pada Khamis meluluskan bacaan pertama rang undang-undang mengenai pengguna rangkaian sosial dalam kalangan remaja berumur bawah 15 tahun perlu mendapatkan kebenaran ibu bapa.
Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Antony Blinken pada Khamis mengadakan pertemuan ringkas dengan rakan sejawatannya dari Rusia Sergey Lavrov, pertemuan pertama kedua-dua pemimpin itu sejak pencerobohan Rusia ke atas Ukraine.
Koridor tersembunyi sepanjang sembilan meter ditemui berhampiran pintu masuk utama Piramid Giza yang berusia 4,500 tahun dan membawa kepada penemuan lanjut.
Angka korban nahas kereta api di utara Greece meningkat kepada 57 orang dengan sekurang-kurangnya 10 lagi masih hilang.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

