ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 21 Mac 2023.

1. IMF lulus dana penyelamatan AS$3 bilion kepada Sri Lanka

Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) meluluskan dana penyelamatan hampir AS$3 bilion untuk Sri Lanka.

2. Sri Lanka mahu pulihkan ekonomi selepas terima bantuan IMF

Presiden Sri Lanka Ranil Wickremesinghe berkata kerajaannya mahu mengembalikan ekonominya ke landasan yang betul untuk tempoh jangka panjang selepas menerima bantuan daripada Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).

3. Israel umum sekatan terhadap rakyat Palestin ke Masjid Al-Aqsa ketika Ramadan

Israel mengumumkan sekatan terhadap rakyat Palestin untuk memasuki Masjid Al-Aqsa sepanjang Ramadan.

4. Ribuan penduduk Afrika Selatan berarak gesa presiden letak jawatan

Beribu-ribu penyokong pembangkang di Afrika Selatan berarak di jalan raya pada Isnin menuntut Presiden Cyril Ramaphosa meletak jawatan.

5. Angka kematian akibat Siklon Freddy di Malawi meningkat kepada 499

Angka kematian akibat Siklon Tropika Freddy di Malawi mencecah 499 nyawa setakat petang Isnin, manakala mereka yang hilang tempat tinggal meningkat daripada 490,098 kepada 508,244.

6. Pelajar maut, seorang lagi cedera tembakan di sekolah

Seorang pelajar maut manakala seorang lagi cedera dalam insiden tembakan di sebuah sekolah di Texas, Amerika Syarikat (AS) pada Isnin.

7. 'Ada hari saya tidak mahu bangun langsung' - Guru ditembak pelajar 6 tahun

Seorang guru sekolah rendah yang cedera parah selepas ditembak oleh pelajar berusia 6 tahun ketika dia sedang mengajar awal tahun ini masih trauma selepas insiden itu.

8. Amazon akan tamatkan perkhidmatan 9,000 lagi pekerja

Amazon pada Isnin mengumumkan rancangan syarikat itu untuk menghentikan perkhidmatan 9,000 lagi pekerjanya.

9. COVID-19: Biden tandatangan RUU, pengubahan status asal usul wabak

Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden menandatangani rang undang-undang yang memerlukan Pengarah Perisikan Kebangsaan Avril Haines untuk mengubah status maklumat berkaitan asal-usul COVID-19.

10. Xi Jin Ping, Putin bincang ekonomi dan peranan di Ukraine

Presiden China Xi Jinping mengadakan pertemuan bersama rakan sejawatnya Dari Rusia, Vladimir Putin di Moscow pada Isnin.