Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Mac 31, 2023 15:45 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 31 Mac 2023.
1. Lasso bersumpah tidak bersalah
Presiden Ecuador, Guillermo Lasso bersumpah tidak bersalah atas tuduhan salah guna kuasa dan mendakwa perbicaraan pemecatan yang dilakukan oleh Kongres adalah tanpa bukti dan asas yang kukuh.
2. Jepun runding pembebasan warga ditahan, sisa radioaktif
Lawatan Menteri Luar Jepun ke China dijangka akan menyentuh mengenai pembebasan rakyatnya dan isu pelepasan sisa radioaktif loji janakuasa Fukushima Daichii ke laut lepas.
3. Gangguan sistem di beberapa pintu masuk Singapura - ICA
Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) Singapura mengumumkan pihaknya kini sedang mengalami gangguan sistem di beberapa pusat pemeriksaan penumpang.
4. Britain setuju sertai pakatan perdagangan trans-Pasifik
Perdana Menteri Rishi Sunak berkata Britain telah memutuskan untuk menyertai Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) .
5. PM Anwar akan umum hasil lawatan ke China
Kerajaan dijangka mengumumkan tiga kemajuan besar yang dicapai hasil lawatan rasmi empat hari Datuk Seri Anwar Ibrahim ke China.
6. China-AS: 'Saya tidak menentang sesiapa' - PM Anwar
Tiada pihak yang harus menentukan pendirian Malaysia untuk 'berpihak' kepada mana-mana negara termasuk dalam hubungan dua hala melibatkan ekonomi.
7.Ukraine mahu sertai EU dalam tempoh setahun selepas rundingan keanggotaan bermula
Ukraine berhasrat menyertai Kesatuan Eropah (EU) dalam tempoh setahun selepas rundingan keangotaannya bermula, kata Menteri Luar Dmytro Kuleba.
8. Parlimen Turkiye sahkan protokol keanggotaan Finland dalam NATO
Perhimpunan Kebangsaan Turkiye mengesahkan protokol keanggotaan Finland dalam NATO, kata Timbalan Speaker Haydar Akar.
9. Penyertaan Rusia di Olimpik 2024 akan diputuskan setahun sebelum kejohanan - Presiden IOC
Pada 28 Mac lalu, IOC mencadangkan atlet Rusia dan Belarus dibenar bertanding di bawah status neutral bagi acara individu sahaja.
10. White House bidas tindakan keras Perancis terhadap peserta bantahan RUU Pencen Perancis
White House menyokong hak membantah bagi orang ramai menyatakan pendapat dan berdemonstrasi secara aman di mana-mana sahaja.
#Anwar Ibrahim #China #Britain #NATO #Rusia #Rishi Sunak #White House #Ukraine #Turkiye #Olimpik