awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Parlimen Turkiye sahkan protokol keanggotaan Finland dalam NATO

Bernama
Bernama
31/03/2023
04:03 MYT
Parlimen Turkiye sahkan protokol keanggotaan Finland dalam NATO
Setiausaha Agung NATO Jens Stoltenberg berkata penyertaan Finland ke dalam blok itu akan menjadikan NATO lebih kuat dan selamat.
ISTANBUL: Perhimpunan Kebangsaan Turkiye mengesahkan protokol keanggotaan Finland dalam NATO, kata Timbalan Speaker Haydar Akar.
"Untuk pengesahan protokol mengenai penyertaan Finland ke NATO telah menerima 276 undi. Tahniah kepada Finland dan rakyatnya," kata Akar.
Sementara itu, Presiden Finland Sauli Niinisto menjangkakan Sweden juga akan menyertai pakatan itu secepat mungkin, lapor Sputnik.
"Semua 30 anggota NATO kini telah mengesahkan keanggotaan Finland. Terima kasih kepada setiap daripada mereka atas kepercayaan dan sokongan mereka. Finland akan menjadi sekutu yang kuat dan berkebolehan serta komited terhadap keselamatan Perikatan.
"Finland kini bersedia untuk menyertai NATO. Kami tidak sabar untuk mengalu-alukan Sweden menyertai kami secepat mungkin," kata Niinisto di Twitter.
Setiausaha Agung NATO Jens Stoltenberg berkata penyertaan Finland ke dalam blok itu akan menjadikan NATO lebih kuat dan selamat.
"Saya mengalu-alukan undian Perhimpunan Kebangsaan Turkiye untuk melengkapkan pengesahan penyertaan Finland," kata Stoltenberg di Twitter.
Finland dan Sweden memohon untuk menjadi anggota NATO pada Mei 2022 - tiga bulan selepas Rusia memulakan operasi ketenteraan khasnya di Ukraine.
Bagaimanapun, tawaran Sweden untuk menyertai NATO belum disahkan oleh Turkiye dan Hungary.
Proses penyertaan terhenti pada Januari 2023 berikutan insiden pembakaran al-Quran di Sweden. Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan berkata Stockholm tidak seharusnya mengharapkan sokongan Ankara.
Pada masa yang sama, pegawai Turkiye berulang kali menyatakan bahawa pintu NATO tidak ditutup kepada Sweden, tetapi prosesnya bergantung sepenuhnya kepada tindakan Stockholm selepas ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Parlimen Turkiye
#keanggotaan NATO
#Finland
#Ukraine
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan