Skip to main content

Dunia

Ukraine mahu sertai EU dalam tempoh setahun selepas rundingan keanggotaan bermula

61647133209_DmytroKuleba.jpg
KYIV: Ukraine berhasrat menyertai Kesatuan Eropah (EU) dalam tempoh setahun selepas rundingan keangotaannya bermula, kata Menteri Luar Dmytro Kuleba.

"Matlamat kami adalah untuk memulakan rundingan keanggotaan EU pada 2023. Saya jangka ia akan mengambil masa kira-kira setahun untuk Ukraine menjadi anggota penuh," kata Kuleba pada Khamis lapor Agensi Berita Xinhua memetik Interfax-Ukraine.

Pada Jun 2022, pemimpin EU menerima Ukraine sebagai calon untuk menjadi anggota dalam blok itu.

Suruhanjaya Eropah mengemukakan tujuh keperluan yang perlu dipenuhi oleh Ukraine untuk memulakan rundingan berkaitan penyertaannya.

-- BERNAMA

Advertisement

Must Watch Video