Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 10 April 2023.

1. Kesucian tempat ibadat seperti Masjid Al-Aqsa wajib dihormati - MFA Singapura

MFA memaklumkan bahawa Singapura menzahirkan "kebimbangan tentang peningkatan keganasan di Israel dan Wilayah Palestin."

2. Indonesia tawarkan FTA terhad kepada AS bagi tambah baik rantaian bekalan mineral - Menteri

Indonesia akan menawarkan perjanjian perdagangan bebas (FTA) kepada Amerika Syarikat (AS) bagi menambah baik rantaian bekalan mineral yang digunakan dalam penghasilan bateri kenderaan elektrik.

3. Kerajaan sediakan bantuan kepada lebih 7,000 mangsa - Lula Da Silva

Presiden Brazil, Luiz Inácio Lula da Silva, berjanji akan memberikan bantuan yang diperlukan oleh kerajaan negeri Maranhão dan lebih 7,000 mangsa banjir yang terjejas.

4. Dalai Lama mohon maaf atas video 'cium', minta kanak-kanak hisap lidah

Pemimpin spiritual Tibet, Dalai Lama meminta maaf selepas tular klip video yang menunjukkan beliau mencium bibir seorang kanak-kanak serta meminta kanak-kanak itu supaya menghisap lidahnya.

5. Provokasi Israel di Al-Aqsa akan ubah situasi jadi medan perang

Provokasi berterusan Israel terhadap Masjid Al-Aqsa adalah perkara yang "tidak boleh diterima" dan akan mencetuskan "peperangan", kata jurucakap Presiden Mahmoud Abbas, Nabil Abu Rudeineh pada Ahad.

6. Latihan tentera China memasuki hari ketiga

Latihan ketenteraan China memasuki hari ketiga pada Rabu, dengan pesawat dan kapal tentera terus dikerahkan berhampiran Taiwan. Ia susulan lawatan Presiden Taiwan Tsai Ing-Wen ke Amerika Syarikat baru-baru ini.

7. Jumlah penduduk India bakal atasi populasi China

Meskipun India bakal menjadi negara dengan populasi terbesar di dunia, namun India juga merupakan 20 negara terendah di dunia dari segi jumlah pekerja wanita, yang terus merosot sejak berdekad lalu.

8. Arab Saudi, puak Houthi runding gencatan senjata

Delegasi Arab Saudi dan Oman tiba di Yaman untuk rundingan gejatan senjata bersama pemberontak Houthi pada Sabtu. Pengumuman rasmi dijangka dalam beberapa hari akan datang.

9. Perancis: 2 mayat ditemukan dalam runtuhan pangsapuri di Marseille

Dua mayat ditemukan dalam runtuhan bangunan di Marseille, manakala usaha mencari lapan lagi mangsa yang hilang diteruskan, lapor Sputnik memetik laporan BFMTV.

10. Kuwait bentuk kerajaan baharu

Perdana Menteri Kuwait Sheikh Ahmed Nawaf Al-Ahmad Al-Sabah membentuk kerajaan baharu pada Ahad.