awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YAPEIM peruntuk RM16.44 juta laksana 356 projek bina, baik pulih rumah sejak 2020
Ibu, ibu saudara ditahan bantu siasatan budak enam tahun lemas di kolam air panas
Tiga lelaki ditahan disyaki seludup 10 tan beras siam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perancis: 2 mayat ditemukan dalam runtuhan pangsapuri di Marseille

Bernama
Bernama
10/04/2023
07:01 MYT
Perancis: 2 mayat ditemukan dalam runtuhan pangsapuri di Marseille
Sekitar empat hingga 10 orang dipercayai tertimbus di bawah runtuhan berkenaan. - Gambar/ Reuters
MOSCOW: Dua mayat ditemukan dalam runtuhan bangunan di Marseille, manakala usaha mencari lapan lagi mangsa yang hilang diteruskan, lapor Sputnik memetik laporan BFMTV.
Dua mayat ditemukan dalam runtuhan pangsapuri di Rue de Tivoli, menurut anggota bomba marin (BMPM) Marseille pada Isnin.
Menteri Dalam Negeri Perancis Gerald Darmanin berkata pada Ahad bahawa sekitar empat hingga 10 orang dipercayai tertimbus di bawah runtuhan berkenaan.
Pangsapuri empat tingkat itu runtuh awal Ahad berikutan terdapat laporan mengenai letupan kuat sebelum kejadian.
Api yang marak di bawah runtuhan terbabit membantutkan operasi mencari dan menyelamat.
Sekurang-kurangnya lima orang disahkan cedera.
Runtuhan itu turut meranapkan sebahagian bangunan yang lain.
Hampir 200 orang yang mendiami 40 bangunan berhampiran lokasi kejadian telah dipindahkan, menurut BFMTV pada Ahad.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pangsapuri runtuh
#Marseille
#Perancis
#angka korban
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan