ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 13 April 2023.

1. Asean kecam serangan udara di Myanmar

Asean "mengutuk sekeras-kerasnya" serangan udara junta tentera Myanmar ke atas sebuah kampung pada Selasa, yang dilapor telah mengorbankan sehingga 100 orang termasuk orang awam.

2. Tentera China masih jalan operasi di Taiwan meskipun selepas latihan tamat

Kementerian Pertahanan Taiwan melaporkan pada Khamis bahawa pesawat dan kapal perang China masih beroperasi di sekitar pulau itu, beberapa hari selepas Beijing memaklumkan latihan ketenteraannya telah tamat secara rasmi.

3. Korea Utara lancar peluru berpandu, Jepun kemuka amaran berlindung

Korea Utara dilaporkan menembak sebuah peluru berpandu pada Khamis, yang telah memicu amaran perlindungan di pulau Hokkaido, Jepun.

4. Perancis kekal pendirian sokong 'status quo' Taiwan - Macron

Perancis mempertahankan pendirian menyokong status quo Taiwan.

5. China bimbang dengan kerjasama pertahanan AS-Filipina

China sifatkan kenyataan Amerika Syarikat untuk memuktamadkan pelan dasar berkaitan bantuan pertahanan kepada Filipina sebagai mengganggu dan mencemar tindakan penguatkuasaan undang-undang maritim China.

6. Rusia dakwa Amerika Syarikat bangunkan senjata bio

Rusia menerbitkan laporan yang mendakwa Amerika Syarikat melakukan penyelidikan biologikal di Ukraine. Tujuan penyelidikan itu adalah untuk membangunkan senjata bio.

7. Tunisia, Syria buka semula kedutaan selepas 11 tahun

Tunisia dan Syria memutuskan untuk membuka semula kedutaan masing-masing bagi menyambung semula hubungan diplomatik antara kedua-dua negara, menurut Kementerian Luar Tunisia pada Rabu.

8. Lebih 400 pendatang mati lemas ketika cuba rentas Mediteranean tengah

Lebih 400 pendatang dan pelarian mati lemas pada awal 2023 ketika cuba menyeberangi Laut Mediterranean Tengah dari Afrika Utara ke Eropah.

9. Beijing keluarkan amaran kuning susulan ribut pasir

Ribut pasir melanda Beijing, China yang mengakibatkan aliran trafik terganggu dan kesukaran bernafas.

10. Trump tetap akan bertanding dalam Pilihan Raya Presiden 2024

Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump tegaskan akan tetap bertanding dalam Pilihan Raya Presiden 2024, biarpun selepas disabit dengan kesalahan jenayah.