ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 16 April 2023.
1. Bekas isteri Achraf Hakimi gigit jari, semua harta atas nama ibu
BEKAS isteri pemain bola sepak Maghribi, Achraf Hakimi, Hiba Abouk gagal memperoleh separuh daripada kekayaannya selepas Hakimi dilaporkan tidak mempunyai apa-apa harta atas namanya, lapor akhbar Sepanyol, Marca.
2. Bekas Ahli Parlimen, abang ditembak mati ketika siaran langsung di TV
Seorang bekas Ahli Parlimen India yang disabitkan dengan kesalahan menculik telah ditembak mati bersama abangnya ketika siaran langsung di televisyen.
3. 12 banduan maut, 3 cedera di penjara Ecuador
Sekurang-kurangnya 12 banduan terbunuh manakala tiga lagi cedera dalam pertempuran bersenjata antara kumpulan penjenayah di penjara Ecuador pada Jumaat, menurut Pejabat Peguam Negara pada Sabtu.
4. Gitaris The Script Mark Sheehan meninggal dunia pada usia 46 tahun
PENGASAS bersama dan gitaris kumpulan rock Ireland The Script, Mark Sheehan, meninggal dunia pada usia 46 tahun.
5. Organisasi antarabangsa, negara seru keganasan di Sudan dihentikan
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres, bersama-sama beberapa organisasi antarabangsa dan negara, menggesa agar pertempuran di Sudan dihentikan.
6. Palestin: PBB memperingati Hari Nakba buat kali pertama tahun ini
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memperingati Hari Nakba buat kali pertama pada tahun ini, menandakan pengisytiharan negara haram Israel dalam sejarah Palestin, lapor Agensi Anadolu.
7. Jerman hentikan operasi tiga loji nuklear terakhir
Jerman menghentikan operasi tiga loji tenaga nuklear terakhirnya pada Sabtu sebagai sebahagian daripada peralihan kepada tenaga boleh diperbaharui.
8. Tujuh termasuk kanak-kanak maut dalam insiden tembakan di kolam renang awam
Sekurang-kurangnya tujuh orang terbunuh, termasuk seorang kanak-kanak, apabila sekumpulan penyerang bersenjata melepaskan tembakan di sebuah kolam renang awam di Mexico City pada Sabtu.
9. 16 maut, 9 cedera dalam kebakaran pangsapuri di Dubai
Sejumlah 16 penghuni maut manakala sembilan yang lain cedera dalam kejadian kebakaran di sebuah bangunan kediaman di Dubai.
10. Pertabalan Raja Charles III bakal saksikan istiadat ketenteraan terbesar dalam tempoh 70 tahun
Pertabalan Raja Britain Charles III dan Ratu Camilla bakal menyaksikan istiadat ketenteraan terbesar dalam tempoh 70 tahun yang melibatkan lebih 6,000 anggota tentera.