Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
April 18, 2023 15:49 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 18 April 2023.
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 18 April 2023.
1. COVID-19: Indonesia kesan tujuh kes Arcturus setakat ini
Indonesia mengesan lima kes baharu subvarian Omicron, Arcturus, menjadikan jumlah keseluruhan kepada tujuh kes setakat semalam.
2. Mesir tidak akan campur tangan konflik Sudan, desak gencatan senjata
Abdel Fattah bagaimanapun menyatakan kesediaan Mesir untuk memainkan peranan positif demi keamanan, keselamatan dan kestabilan.
3. Menteri Luar G7 gesa China henti curi hak harta intelektual untuk keuntungan komersial
Menteri luar dari Kumpulan Tujuh itu menggesa China supaya bertindak sebagai anggota masyarakat antarabangsa yang bertanggungjawab.
4. Operasi penerbangan terganggu, pekerja lancar mogok di Nigeria
Operasi penerbangan di lapangan terbang utama di seluruh Nigeria Isnin terganggu apabila pekerja penerbangan melancarkan mogok, menyebabkan penumpang domestik terkandas.
5.Kumpulan penggodam Korea Utara, Lazarus, ceroboh sistem 61 institusi Korea Selatan tahun lepas
Lazarus mula menggodam pengedar perisian keselamatan Korea Selatan yang menguruskan aspek keselamatan perbankan internet dan aktiviti lain.
6. Gempa bumi kuat landa selatan kepulauan Fiji
Gempa bumi kuat berukuran 6.3 pada skala Richter dikesan berlaku di Selatan Kepulauan Fiji pada 12.31 tengah hari tadi.
7. India, Rusia bincang perjanjian perdagangan bebas
S. Jaishankar berkata, sumber dan teknologi Rusia yang saling melengkapi boleh membawa sumbangan besar kepada pertumbuhan India.
8. Duta EU di Sudan diserang di rumahnya di Khartoum
Duta Besar Kesatuan Eropah EU di Sudan dilaporkan telah diserang di rumahnya di Khartoum, menurut Diplomat Teratas EU, Josep Borrel.
9. PBB: Sekurang-kurangnya 185 terbunuh dalam pertempuran di Sudan
Sekurang-kurangnya 185 orang terbunuh dan 1,800 lagi cedera dalam pertempuran di Sudan, kata pengantara Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Jerman Volker Perthes menerusi sidang video di New York.
10. EU desak keganasan di Sudan dihentikan segera
Kesatuan Eropah, EU, menekankan kepentingan menghentikan keganasan dan pertempuran di Sudan, serta meminta semua pihak untuk mematuhi undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan melindungi orang awam.
#COVID-19 #G7 #New York #Nigeria #Omicron #PBB #Indonesia #Korea Utara #Mesir