awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Operasi penerbangan terganggu, pekerja lancar mogok di Nigeria

Bernama
Bernama
18/04/2023
09:02 MYT
Operasi penerbangan terganggu, pekerja lancar mogok di Nigeria
Pekerja penerbangan juga menuntut rancangan merobohkan bangunan agensi penerbangan untuk projek bandar lapangan terbang di Lagos oleh kerajaan persekutuan dihentikan. - Gambar/ Reuters
ABUJA (Nigeria): Operasi penerbangan di lapangan terbang utama di seluruh Nigeria Isnin terganggu apabila pekerja penerbangan melancarkan mogok, menyebabkan penumpang domestik terkandas.
Selain penumpang yang terkandas akibat gangguan jadual penerbangan, pemilik perniagaan dan pekerja juga berada dalam kekeliruan kerana mereka tidak boleh mengakses laluan ke tempat kerja mereka di Murtala sekitar Terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Muhammad, lapor Xinhua.
Pekerja penerbangan juga menuntut rancangan merobohkan bangunan agensi penerbangan untuk projek bandar lapangan terbang di Lagos oleh kerajaan persekutuan dihentikan.
Dalam satu kenyataan, pihak pengurusan Lapangan Terbang Antarabangsa Nnamdi Azikiwe di Abuja, menasihatkan penumpang merancang penerbangan dan temu janji mereka ekoran tindakan industri itu.
Kerajaan Nigeria pada Isnin menggesa agar mogok dihentikan, sambil berkata selain menyebabkan gangguan besar terhadap perjalanan udara di seluruh negara, perkembangan itu telah menyukarkan pelancong domestik.
Dalam satu kenyataan, Odutayo Oluseyi, jurucakap Kementerian Penerbangan, berkata "jika berpanjangan, ia mungkin mendatangkan kesukaran kepada rakyat, "menjejaskan jadual penerbangan, membawa kepada kerugian ekonomi, dan memberi kesan negatif kepada penarafan di peringkat global."
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Nigeria
#mogok
#pekerja penerbangan
#jadual penerbangan terjejas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan