ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 24 April 2023.

1. Konflik Sudan: 'Proses bawa keluar rakyat Malaysia masuk fasa kritikal, doakan keselamatan mereka' - Zambry

Usaha dan tindakan membawa keluar rakyat Malaysia dari kawasan pertempuran di Khartoum telah pun dilakukan.

2. Konflik Sudan: Mesir, Tunisia, Itali, Sepanyol, Ghana mula bawa keluar rakyat

Pihak berkuasa Mesir pada Ahad memindahkan 436 rakyatnya dari Sudan dengan menggunakan laluan darat, menurut Kementerian Luar Mesir.

3. Switzerland tutup kedutaan di Khartoum, petugas dipindahkan

Switzerland telah pun menutup operasi kedutaan di Khartoum atas faktor keselamatan dan pertempuran bersenjata yang berlarutan di Sudan, menurut Kementerian Luar Switzerland.

4. Filipina bawa keluar rakyat dari Sudan 'dalam tempoh 24 jam'

Jabatan Hal Ehwal Luar Filipina pada Isnin berkata pihaknya sedang bersiap sedia untuk memindahkan sehingga 50 rakyat warga Filipina yang terkandas di Sudan.

5. UK uji sistem baharu amaran kecemasan

Kerajaan United Kingdom pada Ahad menjalankan ujian percubaan terhadap sistem baharu amaran kecemasan untuk menilai keberkesanannya dalam menyedarkan masyarakat perihal berkaitan kecemasan seperti bencana alam, serangan pengganas dan pandemik.

6. Korea Selatan masukkan semula Jepun dalam 'senarai putih' rakan dagang 

Selepas tiga tahun, Korea Selatan pada Isnin memasukkan semula Jepun ke dalam "senarai putih" rakan dagangan yang dipercayai sebagai langkah untuk memperbaiki hubungan ekonomi dan diplomatik dua hala, lapor Yonhap.

7. Shahabuddin angkat sumpah sebagai presiden baharu Bangladesh

Mohammad Shahabuddin Chuppu, 74, mengangkat sumpah sebagai presiden baharu Bangladesh pada Isnin menjelang pilihan raya umum negara itu pada 2024.

8. Presiden Korea Selatan adakan lawatan negara ke AS

Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol dijadualkan berlepas ke Washington pada Isnin untuk mengadakan lawatan negara selama enam hari, lapor Agensi Berita Yonhap.

9. Perbelanjaan ketenteraan global cecah rekod tertinggi AS$2,240 bilion pada 2022

Perbelanjaan ketenteraan global meningkat sebanyak 3.7 peratus pada tahun lalu, sekali gus mencapai rekod tertinggi sebanyak AS$2,240 bilion yang menyaksikan perbelanjaan terbesar membabitkan negara Amerika Syarikat (AS), China dan Rusia, menurut data terkini dikeluarkan oleh Institut Penyelidikan Keamanan Antarabangsa Stockholm (SIPRI) pada Isnin.

10. Lebih 1,200 kanak-kanak di Eropah maut akibat pencemaran udara - EEA

Pencemaran udara di Eropah telah menyebabkan kematian lebih 1,200 orang yang berumur di bawah 18 tahun pada setiap tahun, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) memetik Agensi Alam Sekitar Eropah (EEA).