Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 28 April 2023.

1. Menteri Pertahanan India, China bincang pertikaian sempadan menjelang SCO

Rajnath Singh dan Jeneral Li Shangfu mengadakan perbincangan mengenai isu sempadan yang menjadi perbalahan antara kedua-dua negara, di New Delhi.

2. WHO beri amaran mengenai krisis kesihatan di Sudan walaupun gencatan senjata berkuat kuasa

Ahmed Mandhari memberi amaran mengenai krisis kesihatan di Sudan, menggesa pihak yang bertelagah di negara itu supaya segera mengosongkan kemudahan kesihatan.

3. Filipina lapor 'konfrontasi' dengan kapal China di Laut China Selatan

Pasukan Pengawal Pantai Filipina pada Jumaat mendakwa berdepan insiden 'konfrontasi' dengan kapal-kapal China yang didakwa membuat 'pengemudian yang membahayakan' di Laut China Selatan.

4. Deklarasi Hangzhou seru tadbir urus data global

Deklarasi itu menyeru tadbir urus data global untuk mendorong pelaksanaan Agenda PBB 2030 bagi Matlamat Pembangunan Mampan (SDG).

5. Erdogan, Putin bincang situasi di Ukraine, perjanjian bijirin, Syria

Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan dan Presiden Rusia Vladimir Putin membincangkan situasi di Ukraine dan Inisiatif Bijian Laut Hitam dalam perbualan telefon pada Khamis, kata pejabat akhbar pemimpin Turkiye itu.

6. 11 maut, 9 hilang bot penumpang karam di barat Indonesia

Bot laju SB Evelyn Calisca 01 karam di perairan Pulau Burung daerah Indragiri Hilir, kira-kira 30 minit selepas berlepas dari sebuah pelabuhan di daerah itu.

7. Microsoft dakwa keyakinan terhadap UK 'terjejas teruk'

Presiden Microsoft Brad Smith mengkritik keputusan United Kingdom (UK) yang menyekat pembelian syarikat permainan Amerika Syarikat (AS) Activision oleh Microsoft.

8. Malaysia terima penghargaan Singapura bantu rakyatnya keluar dari Sudan

MFA berkata sejak tercetusnya konflik di Sudan, ia telah memberikan bantuan konsular kepada rakyat Singapura di Sudan dan meneroka pilihan untuk memindahkan mereka.

9. Pihak bertelagah di Sudan setuju lanjut gencatan senjata selama tiga hari lagi

RSF bersetuju untuk melanjutkan gencatan senjata kemanusiaan selama 72 jam lagi bermula pada tengah malam Khamis.

10. Ribuan warga Asia meninggalkan Sudan sebelum gencatan senjata berakhir Khamis malam

Gencatan senjata berkuat kuasa tengah malam Selasa adalah usaha terbaru menghentikan pertempuran yang meletus pada 15 April.