awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
ChatGPT mula uji paparan iklan minggu ini
CPI 2025: Malaysia komited perkukuh usaha capai kedudukan 25 teratas - KSN
Najib sedar akaun bank, guna untuk pengeluaran cek - Saksi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Microsoft dakwa keyakinan terhadap UK 'terjejas teruk'

Bernama
Bernama
28/04/2023
04:17 MYT
Microsoft dakwa keyakinan terhadap UK  'terjejas teruk'
Smith berkata bahawa langkah itu merugikan Britain dan menandakan "hari paling gelap" Microsoft di negara itu sepanjang sejarah empat dekadnya di sana. - REUTERS
LONDON: Presiden Microsoft Brad Smith mengkritik keputusan United Kingdom (UK) yang menyekat pembelian syarikat permainan Amerika Syarikat (AS) Activision oleh Microsoft dengan berkata Kesatuan Eropah (EU) merupakan lokasi yang lebih baik untuk memulakan perniagaan.
Pihak Berkuasa Persaingan dan Pasaran (CMA) UK pada Rabu menyekat rancangan Microsoft untuk membeli Activision Blizzard pada harga GBP55 bilion (hampir AS$69 bilion) disebabkan kebimbangan bahawa ia boleh menjurus kepada pengurangan inovasi dan pilihan untuk pemain dalam industri permainan awan yang berkembang pesat.
Agensi Anadolu melaporkan Smith bercakap kepada BBC bahawa langkah itu merugikan Britain dan menandakan "hari paling gelap" Microsoft di negara itu sepanjang sejarah empat dekadnya di sana.
"Ia lebih daripada menggoyahkan keyakinan kami untuk peluang masa depan bagi mengembangkan perniagaan teknologi di Britain daripada yang pernah kami hadapi sebelum ini," katanya.
"Orang ramai terkejut, orang ramai kecewa, dan keyakinan orang ramai terhadap teknologi di UK telah terjejas teruk.
"Ini memberi mesej yang jelas -- Kesatuan Eropah merupakan tempat yang lebih menarik untuk memulakan perniagaan berbanding UK."
Badan pemantau UK itu bagaimanapun berkata ia perlu mengutamakan kepentingan orang ramai berbanding kepentingan komersial dalam membuat keputusan itu.
Ia berkata walaupun pengawal selia di AS dan EU masih belum membuat keputusan sama ada untuk meluluskan perjanjian itu, CMA berkata "Activision saling berkaitan dalam pasaran yang berbeza yang tidak boleh dipisahkan dengan UK. Oleh itu keputusan ini menghalang perjanjian dibuat di seluruh dunia."
Menerusi pemilikan Xbox, sistem pengendalian PC terkemuka (Windows), dan infrastruktur pengkomputeran awan global (Azure dan Xbox Cloud Gaming), Microsoft sudah mengawal anggaran 60 hingga 70 peratus pasaran permainan awan global.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Microsoft
#United Kingdom
#Kesatuan Eropah
#activision
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan