Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Mei 1, 2023 15:42 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 1 Mei 2023.
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 1 Mei 2023.
1. Israel robohkan kampung Palestin untuk kali ke-216
Tentera Israel sekali lagi merobohkan sebuah perkampungan Palestin di wilayah selatan Negev di Tebing Barat pada Isnin.
2. Switzerland ganti Rusia ketuai Majlis Keselamatan PBB mulai 1 Mei
Switzerland menggantikan Rusia sebagai presiden Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) selama sebulan mulai 1 Mei.
3. Penerbangan di lapangan terbang Manila batal akibat gangguan bekalan elektrik
Gangguan bekalan elektrik di lapangan terbang di Manila pada awal pagi Isnin menyebabkan beberapa penerbangan domestik dibatalkan, menurut pihak berkuasa lapangan terbang.
4. 18 maut, bas penumpang terjunam di Mexico
Sekurang-kurangnya 18 orang maut manakala 33 lagi cedera apabila sebuah bas penumpang terjunam ke dalam gaung di barat Mexico pada Ahad.
5. Gempa bumi 6.2 magnitud landa Okinawa
Satu gempa bumi kuat dengan magnitud awal 6.2 melanda Pulau Okinawa di Jepun, pada Isnin.
6. Krisis Sudan: Pihak terlibat setuju gencatan senjata dilanjutkan 72 jam
Tentera Sudan dan pasukan separa tentera Rapid Support Forces (RSF) pada Ahad mengumumkan komitmen mereka terhadap gencatan senjata baharu selama 72 jam, berkuat kuasa tengah malam Ahad.
7. Pertempuran tercetus antara kumpulan pendatang, polis Peru
Satu pertempuran membabitkan kumpulan pendatang dan polis Peru meletus di kawasan sempadan Tacna dan Chile.
8. Ribut ganas melanda Florida mengakibatkan kerosakan teruk
Puting beliung dan ribut kuat melanda Palm Beach Gardens, Florida, Amerika Syarikat (AS) mengakibatkan kemusnahan teruk di kawasan tersebut.
9. Tentera Sudan dakwa gagalkan cubaan rampasan kuasa RSF
Angkatan Tentera Sudan mendakwa pihaknya berjaya menggagalkan percubaan pasukan separa tentera, Pasukan Sokongan Pantas (RSF) untuk merampas kuasa di negara itu.
10. Juri MasterChef Australia, Jock Zonfrillo meninggal dunia
Hos yang juga juri program memasak televisyen popular, MasterChef Australia, Jock Zonfrillo meninggal dunia pada usia 46 tahun.
#konflik Sudan #PBB #Switzerland #Manila #Mexico #gempa bumi #Jepun