TACNA: Satu pertempuran membabitkan kumpulan pendatang dan polis Peru meletus di kawasan sempadan Tacna dan Chile.

Pertempuran bermula apabila pendatang yang terdiri daripada kebanyakan warga Venezuela menghalang jalan dengan sampah sebagai tanda protes kerana tidak dibenarkan memasuki Peru oleh pihak berkuasa tempatan.

Pertikaian mula tercetus apabila penduduk tempatan yang mahu melintas sempadan ke Chile membuang sampah yang digunakan oleh pendatang untuk menghalang jalan.

Menurut laporan media tempatan, hampir 200 orang tentera Peru telah dihantar ke kawasan sempadan Tacna dan Chile untuk membantu mengawal kemasukan pendatang asing ke negara itu.

Pihak berkuasa Peru mengambil tindakan kerana pendatang tidak mempunyai dokumen yang diperlukan untuk memasuki negara tersebut.

Kawasan sempadan ini sering menjadi laluan bagi ribuan pendatang dari seluruh dunia yang ingin mengubah hidup mereka dengan mencari kehidupan lebih baik di Amerika Selatan.

Bagaimanapun, kebanyakan mereka sering berdepan cabaran kerana kekurangan sumber dan infrastruktur mencukupi untuk menampung bilangan yang semakin meningkat setiap tahun.