Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 23 Mei 2023.

1. Mexico siap sedia hadapi letusan gunung berapi Popocatepetl

Kerajaan Mexico pada Isnin mengumumkan beberapa langkah pencegahan selepas gunung berapi Popocatepetl mula mengeluarkan asap dan abu pada hujung minggu.

2. TikTok fail saman terhadap negeri Montana

TikTok memfailkan saman untuk membatalkan langkah Montana mengharamkan platform media sosial itu, menurut syarikat berkenaan pada Isnin, lapor agensi berita Jerman (dpa).

3. Gagal capai majoriti, PM Greece mahu pilihan raya penentu diadakan

Perdana Menteri Greece, Kyriakos Mitsotakis, mahu pilihan raya penentu diadakan berikutan pilihan raya pada Ahad lalu gagal memberikan keputusan muktamad.

4. New Delhi dilanda gelombang haba suhu cecah 46 darjah Celsius

Beberapa kawasan di New Delhi pada Isnin dilaporkan mengalami gelombang haba apabila suhu maksimum direkodkan pada 46 darjah Celsius.

5. Syarikat penerbangan UAE kendalikan 28 penerbangan seminggu ke Malaysia

Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Malaysia telah menetapkan model kerjasama strategik dalam sektor penerbangan dan pelancongan, dengan peningkatan dalam bilangan penerbangan dan pertumbuhan stabil aliran pelawat.

6. Jangka hayat penduduk Singapura menurun akibat COVID-19

Penurunan jangka hayat bagi penduduk Singapura dapat disaksikan dari 2020 hingga 2022, berpunca daripada kadar kematian yang lebih tinggi akibat pandemik COVID-19.

7. Parti Move Forward dan sekutu tanda tangan MoU kerjasama

Gabungan progresif Thailand yang diterajui Parti Move Forward menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi mengesahkan persetujuan membentuk bekerjasama menerusi 23 agenda sebaik kerajaan gabungan itu dibentuk.

8. Bandar di Norway tawar pengangkutan awam percuma, atasi kesesakan lalu lintas

Bandar Stavanger di Norway bersedia untuk menawarkan pengangkutan awam percuma kepada penduduknya selama setahun bermula Julai.

9. HSR Jakarta-Bandung jalani ujian bersepadu

Syarikat Kereta Api Antarabangsa China (CRI) telah memulakan ujian bersepadu di landasan kereta api berkelajuan tinggi (HSR) Jakarta-Bandung pada Isnin.

10. AS lulus RUU syaratkan analisis antara agensi pendedahan ekonomi kepada China

Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) meluluskan undang-undang yang memerlukan Jabatan Perbendaharaan mengetuai analisis antara agensi mengenai pendedahan ekonomi negara itu kepada sektor kewangan China, lapor Sputnik.