awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gagal capai majoriti, PM Greece mahu pilihan raya penentu diadakan

Bernama
Bernama
23/05/2023
03:30 MYT
Gagal capai majoriti, PM Greece mahu pilihan raya penentu diadakan
Mitsotakis mahu pilihan raya penentu diadakan berikutan pilihan raya pada Ahad lalu gagal memberikan keputusan muktamad. -Gambar fail/Reuters
ATHENS: Perdana Menteri Greece, Kyriakos Mitsotakis, mahu pilihan raya penentu diadakan berikutan pilihan raya pada Ahad lalu gagal memberikan keputusan muktamad.
Pilihan raya pusingan kedua itu dijadual diadakan seawal 25 Jun, lapor Xinhua.
Pada pilihan raya umum Ahad lalu, parti pemerintah, Parti Demokrasi Baru (ND) memenangi 146 kerusi. Parti pembangkang, SYRIZA-Progressive Alliance, memperoleh 71 kerusi.
Bagaimanapun, ND gagal memperoleh majoriti untuk parlimen yang mempunyai 300 kerusi itu.
Dalam pilihan raya penentu, sistem pilihan raya yang disemak semula akan digunakan, memberikan bonus sehingga 50 kerusi tambahan untuk parti yang menang, sekali gus memudahkan pembentukan kerajaan yang ditadbir oleh satu parti sahaja.
- BERNAMA-XINHUA
Topic Berkaitan
#Greece
#Kyriakos Mitsotakis
#pilihan raya umum
#Parti Demokrasi Baru
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan