ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 2 Jun 2023.
1. Taufan Mawar: Hampir 140,000 di wilayah selatan Jepun diarah berpindah
Pihak berkuasa Jepun pada Jumaat mengeluarkan arahan agar 138,700 penduduk di wilayah selatan negara itu berpindah, berikutan taufan Mawar semakin menghampiri pantai tenggara negara itu, lapor Sputnik.
2. AS kenakan sekatan terhadap pihak bertelagah di Sudan
Amerika Syarikat pada Jumaat mengumumkan sekatan ke atas pihak yang berperang di Sudan kerana mengancam keamanan, keselamatan dan kestabilan negara Afrika itu, lapor agensi berita Jerman (dpa).
3. Korea Selatan kenakan sekatan ke atas kumpulan penggodam Korea Utara
Korea Selatan pada Jumaat mengenakan sekatan unilateral ke atas kumpulan penggodam Korea Utara yang dikenali sebagai Kimsuky sebagai tindak balas terhadap pelancaran roket satelit pengintip tentera di angkasa oleh Pyongyang, menurut kementerian luar.
4. Aliran penumpang udara naik 45.8 peratus pada April, domestik pulih - IATA
Jumlah aliran pergerakan penumpang udara bagi April 2023 melonjak 45.8 peratus berbanding April 2022, dengan trafik global semasa pada 90.5 peratus daripada tahap sebelum COVID-19, kata Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).
5. CPTPP: Fasa baharu dalam hubungan dua hala Malaysia-UK - TPM Fadillah
Penyertaan United Kingdom (UK) dalam Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) tidak lama lagi akan menyediakan tahap untuk fasa baharu dalam hubungan dua hala Malaysia dan United Kingdom, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
6. Joe Biden tersungkur semasa majlis graduasi
Presiden Joe Biden tersungkur selepas selesai menyerahkan skrol terakhir pada Majlis Konvokesyen Graduan Diploma di Akademi Tentera Udara Amerika Syarikat (AS).
7. Bangladesh larang penjawat awam buat perjalanan guna kemudahan kelas pertama
Kerajaan Bangladesh mengeluarkan arahan melarang penjawat awam membuat perjalanan menggunakan kemudahan kelas pertama sehingga notis selanjutnya, lapor Xinhua.
8. Agrico Qatar berminat dapatkan bekalan minyak sawit mentah Malaysia - PM
Syarikat pertanian organik berasaskan system hidroponik di Qatar, Agrico Agriculture Development W.L.L. (Agrico Qatar) berhasrat untuk mendapatkan bekalan minyak sawit mentah bagi kilang penapisan minyak kelapa sawit milik Agrico di Malaysia.
9. Brazil kekal berkecuali dalam perang Rusia-Ukraine - Lula
Presiden Brazil Luiz Inacio Lula da Silva pada Khamis berkata Brazil akan kekal berkecuali dalam konflik perang Rusia-Ukraine.
10. Dialog Shangri-La tiga hari bermula di Singapura
Singapura menganjurkan Dialog Shangri-La (SLD) ke-20 selama tiga hari dari Jumaat (2 Jun) hingga Ahad (4 Jun), menurut Kementerian Pertahanan (MINDEF) republik itu.
Astro Awani
Fri Jun 02 2023
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Lebih 46,000 penduduk di selatan Jepun diarah pindah akibat Taufan Mawar
Penduduk di kawasan pantai digesa berpindah ke tempat selamat susulan amaran bahaya tahap empat pada skala lima diisytiharkan.
Hujan lebat, angin kencang diramal 24 hingga 31 Mei - MetMalaysia
MetMalaysia meramalkan hujan lebat dan angin kencang di negeri-negeri utara Semenanjung dan barat Sabah serta kawasan perairannya pada Rabu sehingga 31 Mei depan.