[TERKINI] Syed Saddiq Dilepas dan Dibebaskan | Mahkamah Rayuan Ketepikan Sabitan Kes Dana Armada – Klik untuk Laporan Penuh
DUNIA

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani 23/06/2023 | 15:50 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 23 Jun 2023.
1. Tragedi kapal selam Titan: Ini fakta dan kronologi kejadian yang perlu anda tahu
Semua lima mangsa yang berada dalam kapal selam itu disahkan maut sekali gus menamatkan operasi pencarian yang berlanjutan selama lima hari.
2. Tindakan meroboh kuil cetus pertempuran
Pertengkaran sengit antara penduduk tempatan dan anggota keselamatan berakhir dengan penahanan penunjuk perasaan.
3. James Cameron terkesan tragedi kapal selam Titan
Pengarah filem Titanic berkata, kehilangan Titan dirasakan sehingga ke tulangnya.
4. Manchester City dijangka buat bidaan untuk Declan Rice
Rice telah pun menjadi sasaran utama Arsenal, yang dilaporkan telah melakukan dua bidaan - yang kedua bernilai sehingga GBP90 juta.
5. 11 calon bertanding dalam pemilihan presiden Zimbabwe
PRU Zimbabwe dijadualkan pada 23 Ogos untuk memilih Presiden baharu, wakil parlimen dan wakil kerajaan tempatan untuk penggal lima tahun.
6. Rusia dakwa serangan Ukraine rosakkan jambatan Crimea
Jambatan itu menghubungkan semenanjung Crimea ke wilayah selatan Ukraine yang sebahagiannnya diduduki oleh Rusia.
7. Musk, Zuckerberg sedia bertempur dalam sangkar
Musk dalam satu ciapan baru-baru ini di akaun Twitter miliknya berkata, beliau bersedia untuk pertempuran itu jika Zuckerberg inginkannya.
8. Hampir 1.5 juta jemaah haji tiba di Arab Saudi
Jumlah jemaah yang berpeluang mengerjakan haji tahun ini akan kembali kepada tahap sebelum pandemik.
9. Penyebaran kebencian dalam talian: Australia hantar notis minta penjelasan Twitter
Australia menghantar notis undang-undang kepada Twitter, menuntut penjelasan mengenai apa yang dilakukan gergasi media sosial itu untuk mencegah tahap penyalahgunaan dalam talian.
10. Kapal selam Titan meletup berhampiran Titanic, lima penumpang disahkan meninggal dunia
Serpihan kapal selam itu yang ditemui berhampiran Titanic menjadi petunjuk Titan telah berakhir di Laut Atlantik.
#Arab Saudi #Manchester City #Haji #Australia #Twitter #Ukraine #Rusia